SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 16 Jun 2011

Bertapa keji perangai seorang bapa yang tergamak memperlakukan anaknya sehingga mengandung, sepatutnya bapa ini di beri hukuman yang setimpal bukan sahaja di jatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan tetapi dikenakan hukuman tambahan "direjam dan dipotong anunya............atas kesalahan menyalah gunakan kelebihan anunya"

Bapa-bapa yang berperangai sebegini sepatutnya dipaparkan gambarnya di dada-dada akhbar pada sambutan Hari Bapa yang akan disambut pada tiap-tiap tahun dengan gelaran"BAPA PALING SIAL TAHUN INI". Aku percaya bapa-bapa dan jantan-jantan yang lain akan takut menyalah gunakan anunya itu.

Digelar kan sebagai bapa setan sudah menjadi biasa orang seperti ini, tetapi oleh kerana ramai orang yang tidak melihat macamana wajah setan untuk orang membayangkan nya jadi orang seperti ini tak berasa malu untuk melakukan kerja-kerja yang terkutuk tu.

Bagi aku orang yang semacam ini jangan pangil dia orang (manusia) kerana tiada ciri-ciri sebagai manusia tetapi mempunyai lebih kepada ciri-ciri kebinatangan maka sesuai lah jika di panggil "BAPA BABI" kerana binatang itu semua orang tahu dan binatang itu tidak mengenal anak nya sendiri.

Aku geram tapi bukan emo cuma sakit hati membaca manusia masih ada yang berperangai binatang ni.

HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia 44 tahun layak digelar bapa setan apabila sanggup merogol dua anak perempuannya hingga seorang daripadanya kini sarat mengandung lapan bulan.
Lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu sejak setahun lalu tanpa pengetahuan isterinya dan difahamkan sering menodai dua anaknya ketika ibu mereka tiada di rumah.

Bagaimanapun, selepas beberapa kali memperkosa kedua-dua anak perempuannya yang berusia 13 dan 15 tahun itu, rahsia lelaki terbabit akhirnya ‘dihidu’ isterinya berusia awal 40-an.Tidak tahan dengan tindakan keji suspek selain mahu menamatkan kisah hitam, mereka menceritakan kejadian sebenar kepada ibu mereka.


Terkejut dengan pengakuan kedua-dua anak gadisnya, wanita itu membawa mereka membuat laporan di Balai Polis Kuala Kubu Bharu, di sini, Khamis lalu. -HMetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan