SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 17 Jun 2011

Modul Baru JLKN Mula Di Perkenalkan


Semenjak PLKN ditubuhkan seingat aku belum ada lagi peserta yang bunting kerana kejahilan mereka dalam menjaga"Kesihatan Reproduktif " dan aku juga kurang pasti berapa kes kah yang telah berlaku penangkapan pelakuan sumbang yang dilakukan oleh pelatih sesama sendiri, apa yang pernah aku dengar juru latih sendiri yang membuat onar terhadap pelatih.

Aku bimbang bila modul ini diperkenalakan nanti makin banyak pula perkara-perkara sumbang akan terjadi maklum lah mereka dah diajarkan kemahiran untuk melindungi diri supaya jangan sampai ketahuan oleh pihak kedua dan ketiga.
Budak pun dah tahu apa itu.............?

Aku masih kurang yaking dengan modul latihan baru ini akan dapat membendung gejala sosial dikalangan remaja yang keluar dari PLKN itu nanti, mungkin setelah mereka keluar dari PLKN mereka akan mencuba apa yang mereka pelajari maklum mereka sudah berkemahian kerana sudah diajarkan bagaimana untuk selamat.

Pada aku untuk mengcegah gejala sosial hanya dengan menekankan pendidikan ugama itu lah yang paling penting. Elakkan mereka daripada melakukan dan bukan mengajar mereka untuk melakukan nya.

Bahan-bahan yang merangsang kearah berlakunya penzinaan jangan dijual secara terbuka, seperti Kondom dan pantau penjualan ubat-ubat kuat untuk lelaki yang terdapat dijual dikaki-kaki lima. Disebabkan benda-benda ini mudah didapat maka mudah lah penzinaan berlaku dan lama kelamaan lupa pakai kondom maka terjadi lah kehamilan.

Bila disoal siasat mereka mernah menjalani PLKN adakah itu satu kejayaan besar hasil modul terbaru anda? aku sangat kurang bersetuju dengan apa yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kecil seperti kenyataan beliau di bawah ini:-

Semua yang aku tulis adalah pandangan peribadi aku sendiri

RAUB: Modul baru ''Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial'' Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mula diperkenalkan di 82 kem di seluruh negara bertujuan membendung gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan remaja dan belia. Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kecil berkata pengenalan modul itu bermula dua hari lepas.
"Tanpa pengetahuan dan kemahiran, remaja tidak dapat menimbang baik dan buruknya sesuatu perkara, seterusnya tidak dapat membuat keputusan dengan sebaiknya bagi melindungi diri daripada terjebak perkara tidak diingini," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Benum Hill Resort, Raub di sini hari ini, beliau berkata modul itu bersifat holistik dengan merangkumi aspek biologikal, sosio-budaya, psikologikal dan kerohanian.

Katanya, seramai 1,102 jurulatih dan pembantu jurulatih diberi latihan serta kursus berkaitan kesihatan reproduktif dan sosial dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara untuk membimbing 30,000 pelatih siri kedua yang memulakan latihan di kem masing-masing sejak 15 Mei lepas. Abdul Hadi berkata modul tersebut sebelum ini mendapat respons positif masyarakat dan penilaian Pra dan Pasca Program Latihan Modul Kesejahteraan Hidup menunjukkan peningkatan yang signifikan dalam pengetahuan, sikap dan kemahiran peserta.
Beliau berkata modul ini yang merupakan modul tambahan dalam PLKN diharap akan menjadikan pelatih lebih matang dan beretika serta tidak mudah terjebak dengan gejala sosial yang boleh merosakkan masa depan mereka.-BERNAMA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan