SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 27 Jun 2011

Mas'ud Menang Pemilihan KOSWIP

Dalam gambar ni salah seorang nya adalah Latif
Calun Ahli Lembaga Pengarah yang.........
Yang pakai Jeket tu penglima KOSWIP

1.Terlebih dahulu aku nak ucapkan tahniah dan syabas(Bukan syariakat air tulah) kerana En Mas'ud telah berjaya memenagi satu kerusi Ahli Lembaga Pengarah dalam pemilihan KOSWIP pada 26/Jun/2011 (Ahad). Untuk penggal 2011/2013.

2. Mulai semalam En.Mas'ud telah bergelar sebagai Ahli Lembaga Pengarah KOSWIP, satu jawatan yang sentiasa menjadi rebutan.Setiap tahun ada sahaja pertandingan diadakan dan setiap tahun lah pula ada acara kata-mengata umpat-mengumpat, ampu-mengampu dan berbagai lagi perkataan "meng" bila tiba masa hendak pemilihan diadakan.

3. Kepada En. Mas'ud aku harap bila dah duduk sebagai ALP tu jadi lah ALP yang jujur dan sebenar ALP jangan hanya sebagai APE (Ahli Penyapu Elaun) sahaja.Tapi aku yakin En.Masud mampu melakukan nya.

4. Harapan aku En. Mas'ud benar-benar akan menjadi ALP yang berperanan sebagai seorang Ahli perniagaan, yang akan membawa keuntungan kepada KOSWIP dan diagihkan "dividen" kepada angota pencarum KOSWIP.

5. Memang ramai ALP di KOSWIP tapi ada sbilangan hanya duduk sebagai APE sahaja, kerana ada diantara mereka itu tidak mengerti/memahami tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ALP,ada juga yang tidak mempunyai jiwa sebagai seorang Peniaga, tiada ilmu dalam Perniagaan.

6. Memang benar sebagai ALP tak perlu berhempas pulas mencari keuntungan, tetapi harus diingat sebagai ALP mesti ada perancangan dan berkemampuan merancang untuk mencari dan memajukan perniagaan,kerana dengan perancangan yang betul pasti akan membawa kepada kejayaan/keuntungan.

7. KOSWIP ni seingat aku dah berusia lebih lapan puluh tahun, lebih tua dari usia ayah aku. Tapi Aset nya tak sepadan dengan usia lapan puluh tahun tu dan agehan keuntunganya pun dari tiga puluh tahun dulu masih asik-asik 7% kalau ada lebih pun 7.25% dari wang caruman. Usia KOSWIP tua dah.Ada pula antara perwakilan yang tak berapa nak bijak bangga bila dikatan oleh mereka-mereka yang berkepentingan dalam KOSWIP tahun ini deviden 10%. Dia tak faham 3% itu deviden dari saham.Sedangkan angota KOSWIP kebanyakkan nya mempunyai saham kurang dari dua ribu ,jika dikira 3% baru dapat berapa ringgit sahaja. Sepatut nya dikira10% dari jumlah caruman. Baru sesuai dengan usia emas KOSWIP.

8. Aku harap dengan masuknya En.Mas'ud sebagai ALP sikap ALP akan berubah menjadi yang terbaik, jangan elaun sahaja tinggi-tinggi masing-masing tapi hasil tak ada, lepas mesyuarat perwakilan pula dapat lagi sagu hati beribu-ribu masing-masing.(malu lah padsa diri sendiri mengambil begitu banyak elaun sedangkan dividen angota hanya 7%.Dividen kamu sapu juga)

9. Kalau nak maju Pengurus besar mesti diberi tanggungjawab yang besar sekiranya dia membawa keuntungan ada habuan untuk dia dan jika sebaliknya habuan untuk dia juga ada........ harap difikir-fikirkan ya En. Mas'ud.

10. Sikap buruk ALP yang sedia ada jangan di ikut. Jangan ikut kumpulan atau team kerana adanya kumpulan-kumpulan ini akan terbentuk lah pepecahan kerana perasaan ketidak puasan hati akan timbul antara kumpulan. Nasihatilah THN dan IG tu buat kerja untuk keuntungan angota pencarum sahaja bukan nak asik fikirkan cantas mencantas antara satu sama lain.Aku harap En. Mas'ud boleh satukan mereka semula..................

1 ulasan: