SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 27 Jun 2011

Hormati lah Rakyat dan Negara yang Berdaulat ini

Semua orang bercakap tentang Perlembagaan Negara, Terutama ketua-ketua Umno atau orang-orang yang sebaris dengan nya. Bila mereka ingin menegakkan hak / cadangan mereka mereka akan sebut tentang perlembagaan negara tapi bila mereka tak setuju cadangan orang lain mereka lupakan perlembagaan negara.

Baik pengamal undang-undang, penguat kuasa undang-undang,pemimpin masyarakat,pemimpin parti semua mereka lupa akan peganagan mereka yang mereka agung-agungkan ia itu "Perlembagaan Negara"

Cuba kita lihat petikan Perlembagaan Negara dibawah ni. Lepas tu sama-sama kita fikirkan apakah hak kita sebagai rakyat Malaysia?

"Perlembagaan Malaysia, Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) -(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan."

1 ulasan: