SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 2 Julai 2011

Sekali Sekala Ikut lah Saranan Agama Kita.


Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.

Begitu lah sebenarnya yang dituntut dan diajarkan oleh Islam kepada orang islam. Semua sudah tahu islam itu bersaudara biar apa pun bangsanya dan sejahat mana pun orang itu dia tetap saudara seagama orang islam yang lain.

Malang sekali diMalaysia agak berbeza sedikit. Orang nya sangup menginaya saudara sendiri demi kepentingan politik dan untuk meneruskan agenda poloitik, lepas itu tuduh muisuh politik tersebut dengan berbagai tuduhan yang berbentuk penghinaan.

Lupa barang kali bahawa orang yang mengaku islam itu adalah bersaudara sesama islam dimana sahaja berada.. Ada kala nya dia buat dia tuduh musuh politik nya yang buat sedangkan dia sendiri yang melakukan segala perbuatan terancang itu, Mungkin dia lupa bahawa orang yang dia fitnah itu adalah saudaranya seagama nya.

Kita kene ingat bahawa orang yang kita tuduh dan kata jahat itu mungkin jika kita mati dulu dia akan turut menziarahi zenazah kita dan dia mengankat kedua tangan lalu berdoa untuk kita, bukan kah itu satu kebajikan telah dilakukan nya terhadap kita? jadi jangan lah kita lupa akan tanggung jawab kita terhadap saudara seagama kita. Jangan lah kita sesuka hati memfitnah seolah-olah kita terlupa dosa pahala(Syorga dan neraka).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan