SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 2 Julai 2011

Malayan Railway


Keretapi Tanah Melayu Berhad (bahasa Inggeris: Malayan Railway; singkatan: KTMB) merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia.

Panjang kesemua laluan keretapi ialah 1,699 km.

Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatan yang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahan British, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antarabandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saing berbanding jenis pengangkutan yang lain.

Kesemua laluan KTM adalah satu landasan, kecuali sebahagian daripada laluan utama di antara Ipoh dan Seremban, dan juga landasan cawangan Batu Caves-Sentul-Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang, yang sekarang ini sudah dibina landasan berkembar Sistem Elektrifikasi Landasan kepada Laluan elektrifikasi 25 kV AC , untuk menyediakan laluan keretapi komuter elektrik.

KTM Antarabandar (Inggeris: KTM Intercity) merujuk kepada perkhidmatan kereta api antara bandar berkuasa diesel diSemenanjung Malaysia, Singapura, dan Negara Thai dioperasikan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Kebanyakan perkhidmatan beroperasi dari stesen Kuala Lumpur Sentral di Kuala Lumpur. Namun terdapat beberapa perkhidmatan yang hanya beroperasi di landasan Pantai Timur antara Tumpat dengan Gemas dan terus ke Singapura. Terdapat juga satu perkhidmatan kereta api merentas sempadan antara Butterworth dengan Bangkok, Thailand.

KTM Antarabandar telah lama menikmati kejayaan sederhana, namun bertambah persaingannya dengan pengangkutan jalan raya dan pengangkutan udara atas penambahan bilangan lebuh raya dan penerbangan murah menawarkan masa perjalanan yang lebih singkat. Pada tahun 2006, KTM Antarabandar mendapat untung sebanyak RM70.94 juta sebagai hasil kumpulan, kekal sekitar RM 65 juta sejak 2001

Tiada ulasan:

Catat Ulasan