SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 15 Disember 2011

Cakap Tak Serupa Bikin.....


Pelik aku tengok manusia-manusia yang mengelarkan diri mereka "PERKASA" bila mereka memperjuang kan ketua-ketua penyamun dan bukannya peneroka "FELDA" itu sendiri selaku golongan yang terenaya dan perlu di bela.Mereka PERKASA mengatakan orang luar jangan campur urusan FELDA, persoalannya siapa PERKASA ? Sepatutnya yang bercakap begitu ialah "ANAK" kerana mereka Persatuan Anak-Anak Felda(Layak Bercakap) PERKASA mewakili siapa? 

Kita tak pernah dengar PERKASA ini berdemo bila Puak-puak Umno (Pemimpin mereka) yang buat salah seperti skandal PKFZ, Wang Pelaburan Bumi Putra , FELDA meminjam wang KWSP dan yang terbaru Skandal NFC. Dimana mereka ? apakah perjuangan mereka ? mereka tidak lebih dari hanya sebagai Alat Pengabur Mata Rakyat.Kunon nya mereka lah perjuang bangsa. Gatik aku mendengarnya tentang perjuangan mereka.

Mereka mendesak agar FELDA membersihkan mereka-mereka yang disifatkan seperti gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.Abdul Rahman (Timbalan Pengerusi PERKASA) menegaskan bahawa Zulkifli merupakan individu yang dimaksudkannya sebagai gunting dalam lipatan itu.

"Kalau surat rahsia (arahan bercuti kepada Zulkifli) boleh tersebar kepada pembangkang, kalau dia tidak bocorkan siapa lagi yang bocorkan?Takkan surat datang daripada tempat lain?

Itu perkara yang mereka terpaksa berdemo, kerana ada "gunting dalam lipatan" kenapa mereka tidak berdemo kerana ada "tikus dalam almari" yang boleh membawa keluar hak dan merugikan peneroka FELDA.

Sumber Sini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan