SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 15 Disember 2011

Kuasa Puspakom....




Kepada semua rakyat Malaysia yang sudah mendaftar sebagai pemilih, maka aku menyeru agar kita semua berperanan sebagai "PUSPAKOM" dimana kita mesti membuat pemeriksaan kepada kenderaan yang selama ini  digunakan oleh para pemimpin  memandu Negara. 

Malang nya kenderaan tersebut sudah terlalu lama digunakan, biar pun sudah beberapa kali masuk Puspakom untuk pemeriksaan semula, malangnya pemeriksaan selama ini tidak begitu teliti sehingga sistem brek nya tidak berfungsi dengan baik.


Bukti sistem brek tidak berfunsi lihat baru-baru ini satu kemalangan telah berlaku melibatkan  RM 250 juta wang rakyat. Semua rakyat melihat perkara itu hingga (mengemparkan negara), oleh kerana mereka sedang berkuasa mereka berdolak dalik dalam isu itu, oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita tekan brek untuk memberhentikan kenderaan mereka secara paksa.


Jika kita tidak hentikannya , aku yakin banyak lagi kejadian-kejadian pelangaran-pelangaran hukum dan undang-undang yang mereka akan lakukan.Tak tahu berapa bilion lagi wang rakyat yang akan lesap begitu sahaja ditangan mereka.  

Maka pada PRU 13 ini tibalah masanya untuk kita "menyita" kenderaan mereka supaya mereka tidak lagi mengunakan kuasa sesuka hati mereka . Kita letakkan mereka di stor kenderaan yang disita.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan