SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 3 Disember 2011

Jemu Menonton Tv3, Benci Melihat Pemimpin Negara Berhujah Untuk Membangun Ekonomi Rakyat Malaysia....

Sedih hati ini bila melihat pemimpin negara berucap dalam perhimpunan terbesar parti melayu. Bergitu rupanya cara pemimpin orang melayu menjaga amanah yang diberikan kepada mereka untuk membangun bangsa melayu yang mereka wakili. Dari hari pertama mereka berucap hingga kehari ini mereka hanya menghentam pemimpin parti lawan sahaja, seolah mereka sudah tiada lagi perjuangan yang mesti dilakukan selain dari menghentam pemimpin lawan sahaja.Cuba baca Ini

Tidak ada satu cadangan yang menjurus dan di rumus dengan baik dan mampu membari kenyakinan kepada melayu untuk menyakini bahawa parti mereka itu mampu menjana dan membangunkan bangsa melayu dari segi kekuatan ekonomi yang selama ini di monopoli oleh bangsa cina di Malaysia ini.(mereka hanya berminat menelanjangkan pemimpin lawan)Semua perwakilan bertepuk mereka tak sedar mereka sedang menumpuk-numpuk dusa untuk di bawa ke neraka nanti. (biul punya perwakilan tak kenal dosa pahala)

Adakah mereka banga selama ini mereka berjaya menjadi pentadbir negara, dan berjaya menipu bangsa sendiri menyapu harta negara ? Sebaliknya sekarang mereka betul-betul merasa seperti cacing kepanasan kerana sebilangan melayu sudah tahu dan sedar akan penipuan mereka selama memerintah dan melayu sudah beralih arah kepada parti lawan.Ia itu parti PAS dan PKR tidak kurang juga yang menyokong DAP. 

Orang-orang cina pula tidak lagi memberi sokongan kepada mereka ,begitu juga dengan orang india yang ada di Malaysia ni, semua dah mula membenci kumpulan parti melayu yang satu ini.Kecuali Mamak-mamak yang tiada ber parti (mengaku melayu tulin) yang menyokong parti ini.(dalam waktu yang sama mamak-mamak ini telah berjaya mengaburi mata melayu) mereka di lantik jadi pemimpin melayu.

Ada pemimpin parti melayu terbesar ini tidak mahu belajar dengan kesilapan-kesilapan yang telah mereka lakukan dahulu seperti si mulut luas tu cium keris di pentas kononnya memperjuangkan ketuanan melayu orang-orang cina benci dan mereka beralih menyokong DAP, tapi itu masih lagi tidak menjadikan sebagai satu pengajaran kepada pemimpin parti ini. Kepada orang melayu pula mereka hina pemimpin-pemimpin melayau yang lebih berkelibar dari mereka dan ada antaranya mereka zalimi pemimpin-pemimpin melayu itu  di fitnah dan sebagainya,cara mereka itu telah memecah belahkan melayu,mereka semua tidak mahu mengakui hakikat segalanya berpunca dari mulut dan kelakuan mereka.

Sekarang ini bukan lagi seperti tahun 40an dan 50an seperti British mula-mula menubuhkan Umno dulu. Semua percakapan pemimpin parti melayu ketika itu diterima oleh orang-orang melayu,tapi sekarang sudah tidak lagi.Bila sahaja para pemimpin parti melayu ketika itu bercakap boleh mempegaruhi orang-orang melayu untuk berjihat dan akan disambut oleh orang melayu dengan penuh semangat perjuangan menentang kezaliman,sekarang ini tidak lagi orang melayu dah jelak dan muak dengan cara provokasi pemimpin menyuruh orang melayu membenci orang melayu dan memusuhi orang-orang cina Malaysia.Kerana jenerasi sekaran sudah bijak dan mereka boleh berfikir dan membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Sebabnya selama ini  puas kita memupuk persefahaman (integrasi) kaum supaya Malaysia membangunkan bangsanya sendiri, ia itu terdiri dari berbagai kaum dan bangsa budaya, tapi kini pemimpin ini(pemimpin negara) pula yang mencetuskan api permusuhan antara kaum dan memecah belahkan melayu sesama melayu.

Dalam waktu yang sama mereka bersahabat dengan tauke-tauke cina, minum semeja mabok bersama sering mengadakan lawatan keluar negara berjudi bersama, sedang rakyat bawahan dilaga-lagakan.(mereka hanya nak untung sahaja) Itu lah dia pemimpin -pemimpin Umno (sedikit pun tak guna."Dulu Kini Dan Selamanya") yang hairan tu ramai juga penganut umno ni (Orang itu pendik akal)      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan