SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 2 Disember 2011

RASIS : Muhyiddin ?? Atau Siapa ?? .....

http://2.bp.blogspot.com/_2NdbcEkwej4/SRRX6ACD6NI/AAAAAAAACcs/Z5B71LunNGE/s400/muhyiddin-yasin-4.jpg
Semasa merasmilan persidangan ketiga-tiga sayap parti Umno tu hari, bukan main lagi TPM Muhyiddin bercakap berapi-api isu perkauman dan menuntut semua ahli Umno supaya membenci Pakatan Rakyat terutamanya DAP yang dikatakan dikuasai oleh kaum cina yang mahu menjadikan negara ini negara republik. Hari ni dah pusing 360 darjah pulak dengan berkata ada parti lain yang lebih rasis lagi dari Umno.

Nak tanya kat TPM ni, parti mana tu yg lebih rasis dari Umno tu? Dah tentu dalam parti tu takkan wujud atau ada bangsa lain selain dari bangsa dia sahaja. Nak kata DAP, dalam DAP terdiri dari multiracial party. PAS? Dalam PAS pun sama jugak dan kalau nak kata kat PKR, lagi la tak masuk akal sebab dalam PKR terdapat Adun dan MP dari semua kaum utama kat Malaysia ni. Jadi parti mana yang TPM tu maksudkan tu..

Mari kita semua suruh TPM ni pikir guna kepala otak yang berakal sebab lembu pun ada kepala otak jugak tapi tak ada akal, parti dari golongan mana yang hanya mewakili kaum-kaum tertentu dalam Malaysia ni?

keh keh keh keh keh keh keh keh keh keh..

Dan jawapannya semua dari dulu lagi dah tahu dan faham. Barisan Nasional la yang merupakan gabungan parti-parti rasis yang bersekutu untuk menjahanamkan negara apabila pemimpin-pemimpin atasan mereka kerjanya menipu rakyat dan memilikan harta  negara menjadi milikan peribadi, kroni dan keluarga.

BN terdiri dari MCA yang hanya mewakili kaum cina, MIC untuk India sahaja dan Umno mewakili melayu walaupun ungkapan perkataan Umno itu sendiri di warisi dari bahasa penjajah Inggeris. Tetapi rasisnya melebihi dasar aparteid yang terkenal di Afrika.

Apabila sesuatu parti ditubuhkan untuk hanya menjaga kepentingan kaum tertentu, maka sudah tentu sikap bias terhadap kaum mereka itu akan terjadi dan ini memang tidak dapat dinafikan walau oleh TPM itu sendiri. Jadi apa yang TPM kata tu tak lebih seperti mengata diri sendiri dan gabungan parti yang ada dalam BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan