SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 6 Januari 2012

Khutbah Jumaat FITNAH Perhimpunan 901




Saya petik:
[MK] Umat Islam yang menunaikan solat Jumaat di masjid-masjid sekitar Wilayah Persekutuan hari ini diberi amaran supaya tidak melakukan "kesilapan besar" dengan menghadiri demonstrasi jalanan.

Menurut khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim), mereka yang bersekongkol dengan penganjur demonstrasi jalanan melakukan kesalahan besar dan menzalimi umat Islam.

Amaran itu dikeluarkan menjelang perhimpunan yang dirancang oleh penyokong-penyokong ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Kuala Lumpur pada hari keputusan perbicaraan kes liwat membabitkan dirinya dan pembantu peribadinya diumumkan pada 9 Januari ini.

“Kita sedar hari ini sekali lagi pelbagai cara dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan perpaduan umat Islam dan keamanan negara di antaranya melalui pembohongan fakta, pencemaran budaya, penyebaran racun perpaduan samada melalui media massa dan alam siber, melanggari undang-undang negara.

Mereka juga cuba meruntuhkan keamanan yang dikecapi selama ini dengan mengadakan pelbagai helah dan cara termasuklah mencetuskan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan.

“Mereka menghasut rakyat dengan menyemai perasaan tidak puas hati dan benci kepada pemerintah dengan melaungkan slogan tertentu yang digambarkan sebagai gelombang rakyat yang membantah,
” petik khutbah yang dibacakan itu.

Menurut khutbah itu lagi, penganjur perhimpunan itu yang bertopengkan atas dasar menuntut keadilan dan ketulusan sebenarnya mahu mengheret rakyat ke jalanan supaya dapat dijadikan sebagai perisai.

“Tetapi hakikatnya mempunyai agenda tersendiri untuk menghuru-hara negara, melemahkan pemerintah dan perpaduan rakyat yang akhirnya membawa tanggapan di mata dunia bahawa negara ini tidak lagi berada dalam keamanan.

“Mimbar ingin menegaskan kepada jemaah dan umat Islam sekalian bahawa sesiapa yang terlibat dan bersekongkol dengan golongan ini sebenarnya telah melakukan kesalahan yang besar dan menzalimi umat Islam serta keamanan negara,” 
petik khutbah itu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan