SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 6 Januari 2012

Bila Musang Berbulu Ayam.....


Bila ada musang dalam reban ayam, 
biar pun seekor  sudah cukup untuk mempurak 
perandakan keamanan reban.

Musang sebegini agak sukar di kenal pasti
Bulunya sama seperti ayam, hingga banyak ayam menyangka 
itulah ayam jantan yang akan jadi pejuang untuk mempertahankan 
keamanan dalam reban dan mempertahankan dari serangan luar.

Musang berbulu ayam ini sangat pintar berlakun
sehinggakan boleh mengeluarkan bunyi sama seperti bunyi ayam sebenar
Ada kala dia berbunyi seperti ayam jantan yang sangat menyakinkan , 
sehingga membuatkan ayam-ayam tambatan yang lain ada yang terpengaruh 
dan membiarkan sahaja musang itu kesana kemari berbuat apa sahaja sesuka hati, 
berkokok kesana berkokok kesini, mengembangkan sayap mendabik dada akulah hiro
dan mendapat sokongan padu pula dari beberapa ekor ayam tambatan
yang tidak terhidu akan bau musang tersebut yang sangat berbeza dengan 
bau ayam sebenar......

Ada kala dia berkokok berderaiderai tapi ekor dia sentiasa memalit tahi

Biasalah musang itu memang sentiasa sahaja memasang angan-angan
untuk menguasai reban dan menjadi pemangsa kepada ayam-ayam didalamnya.
Untuk itu dia sangup bersabar sekian lama mempelajari bahasa ayam
yang kesemuanya hapir sama sahaja nada bicaranya
dan dia hampir berjaya mencapai cita-citanya
(Jadi MB)...... 

Malang niat jahatnya itu telah terhidu oleh beberapa ayam tambatan yang
sentiasa menaruh curiga terhadap kepitahan bunyi bicara musang itu
yang sama dengan musang sebenar diluar reban. 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan