SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 14 Mac 2012

Mari Kita Tiru Sikap Murni Dan Berlapang Dada Fauziah Ahmad Daud (Ogy)

Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) melakukan satu tindakan yang bijak seperti yang dilapurkan dibawah ini, beliau mengunakan akal yang dianugerahkan oleh yang Maha Esa kepadanya diwaktu dingin, Tindakan beliau itu menunjukan berfikir secara tenang dan mengambil sesuatu tindakan itu perlu berada dalam keadaan yang tenang bukan didorong oleh perasaan amarah.Keputusan Fauziah itu juga membuktikan bukan semua masalah hanya boleh diselesaikan melalui mahkamah. Sesuai dengan watak muslimah nya, muslimah sebenar  mempunyai sifat-si penyabar.Bagi Johan pula ini adalah satu pengajaran yang sangat berguna untuk masa hadapan karernya .Semoga dia berhati-hati mengunakan perkataan dan tatalaku semasa di pentas, sama ada semasa mengecara atau berlawak.
Aku mengucapkan selamat maju jaya kepada keduanya.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) telah membatalkan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelawak Johan (Raja Lawak) kerana berpendapat enggan memanjangkan isu tersebut.
Terdahulu, aktres itu dilaporkan berasa kecil hati dan terhina akibat sikap celupar mulut pelawak itu yang mempersendakan dia dan Allahyarham ibu bapanya iaitu seniman Datuk Ahmad Daud dan Datin Saadiah ketika mengacarakan Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM24) pada November tahun lalu.
Ogy berkata keputusan itu diambil kerana dia sudah berasa sejuk hati dan memaafkan keterlanjuran pelawak itu.
“Industri kita bukan besar mana pun. Mungkin pada masa akan datang kami akan bekerjasama. Buat apa panjang-panjangkan hal macam ini.
“Memang betul saya berasa marah dengannya sebelum ini tetapi selepas beberapa ketika saya mula sejuk hati dan sudah memaafkan dia,” katanya.
Ogy berkata demikian pada majlis memperkenalkan protege program Mentor musim keenam (Mentor 6) di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa.
Ogy berkata dia membuat keputusan drastik itu selepas mendapat petunjuk daripada Allah.

“Sebelum ini, saya terasa hati dan ralat dengannya apabila dia ketawa dengan teguran saya mengenai gurauannya itu selepas acara tersebut.
“Alhamdulillah, kini saya berasa lebih tenang selepas memaafkan Johan dan kemarahan itu sudah reda,” katanya.
Ogy juga berkata, dia percaya insiden itu mempunyai hikmah dan memberikan pengajaran kepada Johan agar lebih peka dan sensitif dengan keadaan sekeliling khususnya ketika mengacara atau berlawak di depan khalayak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan