SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 14 Mac 2012

Sekali Lagi Rakyat Dibunbungollik Kerajaan

Aku kagumi dengan apa yang telah dilakukan
oleh grombolan umno/pemerintah negara ini.mereka bijak mengatur masa,
bila dan bagaimana untuk menyelamatkan rakan dan kawan.

Berbeza dengan PAS hentam kawan, 
Mereka tak peduli sama ada sekarang ini sudah hampir PRU atau apa.
Mereka hentam semacam masing-masing tunjuk pandai dan bijak
sebenarnya mereka sedang membuka kelewmahan sendiri untuk dijadikan 
bahan hentaman oleh pihak lawan. cuntohnya kes PAS Kedah vs MB kedah..

Umno bijak nak selamat kawan, 
Mereka tahu pilihan raya sudah hampir mereka pun bawa kes NFC 
yang menjadi kemelut parti dan kerajaan kemahkamah.
Untuk menutup segala persoalan dan menutup daripada terus dijadikan 
tajuk perbahasan parti lawan dan dikalangan rakan-rakan yang tidak senang, 
dengan heroin bollywod ni, sebab itu mereka bawa kes ini kemahkamah. 

Tak lama lagi mahkamah pula akan mengeluarkan 
larangan kepada semua orang sama ada parti lawan atau siapa saja rakyat Malaysia 
daripada membahaskan dan menjadikan isu ini dari dijadikan bahan kempen pilihan raya 
dengan alasan boleh menganggu proses perundangan.
Siapa melawan diangap menghina mahkamah, penjara tu beb......

Perkara seperti itu adalah amalan biasa dalam umno/kerajaan.

Dibawah ini satu contoh lihat apa kata Datuk Seri Noh bila diajukan pertanyaan 
berkenaan denmgan isu NFC :-     


Noh cuba elak kontroversi NFC, serah pada mahkamah

Ahli Parlimen BN yang ingin maklumat lanjut berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) sehingga menyaksikan pengerusi eksekutifnya didakwa atas empat pertuduhan termasuk kesalahan pecah amanah, kecewa apabila Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar mengelak daripada membincangkan isu itu secara langsung.

Sebaliknya Noh, pada taklimatnya kepada Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) di ibu negara malam tadi, lebih banyak bercakap mengenai agihan peruntukan bagi membolehkan mereka "memantau" masalah dalam sektor pertanian di parlimen masing-masing.

Menurut beliau, kementeriannya banyak menerima soalan 'panas' khususnya berkaitan NFC yang perlu dijawabnya pada sidang parlimen yang sedang berlangsung.

Perbahasan Dewan Rakyat bagi penggal baru tahun 2012 bermula semalam.

"Kali ini kementerian terima banyak soalan. Soalan-soalan yang panas pun ada. Soalan-soalan berkaitan Fidlot.

"Tapi mungkin (saya) tidak perlu menjawab (di sini), (sebab) sudah ada kes. (Nanti) ia subjudis," katanya.-Mkini  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan