SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 26 September 2012

Pakatan tubuh S’jaya siasat skandal BN jika tawan Putrajaya


Sebab nie la UMNO takut sangat.. takut masuk penjara kesemua...

Pakatan Rakyat akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja bagi enyelamatkan sebanyak mungkin wang rakyat yang dibazirkan Umno-BN sebaik gabungan KEADILAN, PAS dan DAP diberi mandat membentuk kerajaan.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, fokus suruhanjaya itu terarah kepada skandal pembaziran wang rakyat yang melibatkan pemimpin besar.

“Skandal PKFZ misalnya, ia melibatkan pembaziran wang rakyat RM14 bilion dan yang terbaru penyelesaian di luar mahkamah bagi kes hutang kroni Umno, Tajudin Ramli terhadap Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

“Skandal besar seumpama ini mesti ada pihak yang bertanggungjawab dan sebab itu perlunya suruhanjaya bagi menyiasatnya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan