SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 9 Mei 2013

Hadiah Pertama BN Untuk Rakyat Selapas Menang PRU 13


KUALA LUMPUR: Kenaikan tarif elektrik merupakan hadiah terbesar BN kepada rakyat setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) lalu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar, Azan Ismail.

Beliau mengulas kenaikan caj tambahan sebanyak satu peratus pada bil elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada pengguna dengan jumlah bil RM77 ke atas atau penggunaan lebih 300kWh sebulan.

Pengumuman kenaikan itu dibuat Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Seda), Badriyah Abdul Malek, sehari sebelum PRU berlangsung Ahad lalu.

“Ini hadiah pertama BN kepada rakyat setelah menang pilihan raya. Selepas ini akan ada banyak lagi hadiah besar,” kata Azan ketika dihubungi.

Menurutnya, pelbagai lagi kenaikan harga barang dan perkhidmatan akan berlaku selepas ini kerana BN mahu mengutip semula wang yang telah dilaburkan kepada rakyat sebelum pilihan raya lalu.

“Sebelum pilihan raya, pelbagai gula-gula termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia diberi. Sekarang masa untuk balas dendam dan mereka tak sabar-sabar nak kutip semula wang tersebut daripada rakyat,” kata Azan.

Pengerusi KEADILAN Terengganu itu juga tidak menolak kemungkinan tarif elektrik terpaksa dinaikkan kerana syarikat-syarikat kroni sudah melabur sebelum pilihan raya.

“Saya dapat banyak maklumat bahawa BN dapat pelaburan dari banyak syarikat sebelum pilihan raya. Setelah menang, syarikat terlibat tekan BN untuk mendapatkan pulangan,” jelas Azan.

Tambahnya, dalam tahun ini juga, beban rakyat akan bertambah kerana cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan turut dilaksanakan.

“Saya menjangkakan GST akan dikuatkuasakan tahun ini juga, selepas sidang Parlimen. Begitu juga harga barang, minyak dan tambang pengangkutan,” katanya.

“Ini adalah bukti semua pemberian BN sebelum pilihan raya hanya gula-gula, dan saya simpati kepada rakyat yang percaya janji-janji BN,” kata Azan lagi.-Kd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan