SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 25 Mac 2012

Tuhan "TIDAK MENCIPTAKAN KEJAHATAN"


Apakah Tuhan menciptakan segala yang ada...?
Apakah kejahatan itu ada..?
Apakah Tuhan menciptakan kejahatan...?

Seorang Profesor dari sebuah universiti terkenal mencabar mahasiswa-mahasiswanya dengan pertanyaan ,
"Apakah Tuhan menciptakan segala yang ada? "

Seorang mahasiswa dengan berani menjawab,
"Betul, Dia yang menciptakan semuanya",

"Tuhan menciptakan semuanya?" Tanya professor sekali lagi.

"Ya, Prof, semuanya" kata mahasiswa tersebut.

Profesor itu menjawab, 
"Jika Tuhan menciptakan segalanya, bermakna Tuhan menciptakan Kejahatan, karena kejahatan itu ada, dan menurut prinsip kita bahwa pekerjaan kita menjelaskan siapa kita, jadi kita boleh berangapan  bahwa Tuhan itu adalah kejahatan.

"Mahasiswa itu terdiam dan tidak boleh hendak menjawab hipotesis professor tersebut.

Profesor itu merasa bangga dan sombong diri bahwa sekali lagi dia telah membuktikan kalau agama itu adalah sebuah mitos semata.

Seorang Mahasiswa lain mengangkat tangan dan berkata,
 "Profesor, boleh saya bertanya sesuatu?"

jawab Profesor. "Tentu lah,sila kan," 

Mahasiswa itu berdiri lalu bertanya,
"Profesor, apakah dingin itu ada?"

Profesor sambil tersenyum sinis 
"Pertanyaan macam apa itu?Tentu saja dingin itu ada. Kamu tidak pernah sakit flu...?

" Tanya si professor diiringi gelak tawa mahasiswa lainnya."

Mahasiswa tersebut menjawab, 
"Kenyataannya, Prof, dingin itu tidak ada.
Menurut hukum fizik, yang kita anggap dingin itu adalah kerana ketiadaan panas. Suhu -460F adalah ketiadaan panas sama sekali. Dan semua partikel yang ada menjadi diam dan tidak boleh bereaksi pada suhu tersebut. Kita menggunakan kata dingin untuk mendeskripsikan ketiadaan panas.

Mahasiswa itu meluntarkan pertanyaan selanjutnya ,
 "Profesor, apakah gelap itu ada?"

Tanpa ragu dengan perasaan sombong Profesor itu menjawab, 
"Tentu lah ada"

Mahasiswa itu menjawab dan menerangkan jawapan kepada Profesor nya, 
"Sekali lagi anda salah, Prof. Gelap itu juga tidak ada. Gelap adalah keadaan dimana tidak ada cahaya. Cahaya boleh kita pelajari, sedangkan gelap tidak. Kita boleh menggunakan prisma Newton untuk memecahkan cahaya menjadi beberapa warna dan mempelajari berbagai panjang gelombang setiap warna. Tapi anda tidak boleh mengukur gelap. Seberapa gelap suatu ruangan diukur dengan berapa intensiti cahaya yang ada di ruangan tersebut. Kata gelap dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan cahaya.

Akhirnya mahasiswa itu bertanya,"Profesor,
"apakah kejahatan itu ada?"

Kali ini dengan rasa bimbang professor itu menjawab, 
"Tentu saja, seperti yang telah kukatakan sebelumnya.Kita melihat setiap hari di akhbar dan TV. Banyak jenayah dan kekerasan berlaku  antara sesama manusia. Perkara-perkara tersebut adalah manifestasi dari kejahatan."

Terhadap pernyataan ini mahasiswa itu menjawab, 
"Sekali lagi Anda salah Prof,sebenarnya kejahatan itu tidak ada. Kejahatan adalah ketiadaan Tuhan.Seperti dingin atau gelap, kejahatan adalah kata yang dipakai manusia untuk mendeskripsikan ketiadaan Tuhan.

Tuhan TIDAK MENCIPTAKAN KEJAHATAN. Kejahatan adalah hasil dari tidak adanya kasih Tuhan dihati manusia, seperti dingin yang timbul dari ketiadaan panas dan gelap yang timbul dari ketiadaan cahaya.

"Profesor itu terdiam........

Mahasiswa itu adalah Albert Einstein…!!!


Wah Menteri Ni.... Kenapa Tak Keluar Dalam TV3?

Tengngok nih....perangai menteri .Tengangh bawak bajak, maklum menteri pertanian lah katakan ....Tu tengah pegang stering bajak lah tu. Klik sini.Manjung Mari: Fuiyo... Gambar Menteri Noh Omar tengah berdansa...

Baca Jangan Tak Baca


Aku petik: 
[Malaysia Chronicle] Satu nota daripada kedutaan AS di Malaysia kepada Washington telah dibocorkan dan ia menegaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bahawa pembantu peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah mengarahkan dua pengawal peribadi Perdana Menteri itu untuk membunuh Altanutya Shaariibuu. 

Penterjemah berbangsa Mongolia itu dikatakan telah membantu dalam perjanjian Scorpenes, telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006 dan Anwar juga mendakwa bahawa wanita itu merupakan kekasih kedua-dua Najib dan rakan baik beliau Razak Baginda. 

Nota itu juga ada menyebut bahawa Anwar memiliki maklumat "kukuh", malah "keterangan berdokumen" bahawa Najib telah menerima sogokan daripada pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2002 dan jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003. 

Kabel AS tersebut juga mengatakan bahawa rasuah sudah menular semasa pentadbiran Abdullah Badawi dan akhirnya masuk ke era Najib sebagai Perdana Menteri. Penyalahgunaan kuasa tidak berkurangan tetapi berkembang kerana Najib tegas untuk terus berkuasa, dengan rasuah menular dengan pantas ke semua jentera kerajaan, perkhidmatan awam dan badan kehakiman. 

Dan ini mungkin menjelaskan peristiwa-peristiwa misteri yang sedang berlaku apabila Malaysia semakin hampir kepada Pilihan Raya Umum ke-13, yang dijangka akan berlaku lewat tahun ini atau awal tahun depan. 

Suatu petikan dari kabel AS yang bertarikh 24 Januari, 2007, berbunyi: 

"Anwar menegaskan bahawa pembantu peribadi TPM Najib mengarahkan pembunuhan Altantuya dan bahawa Anwar mempunyai bukti yang kukuh mengenai perihal Sukhoi, 2003 

Anwar mendakwa bahawa Najib mempunyai hubungan romantik dengan wanita Mongolia itu sebelum wanita itu menjalin hubungan dengan Abdul Razak Baginda (ini yang mengukuhkan kepercayaan bahawa Najib bersubahat membunuh wanita itu), dan Altantuya mempunyai tujuan untuk mendedahkan hal ehwal Najib dan Razak Baginda. Membongkok ke hadapan dan dengan suara yang perlahan, Anwar menegaskan bahawa beliau mempunyai maklumat kukuh bahawa pembantu peribadi Najib mengarahkan dua orang anggota keselamatan Najib (yang telah pun dituduh membunuh) untuk membunuh Altantuya. " 

Bekas Timbalan Perdana Menteri dan ketua pembangkang Anwar Ibrahim memberitahu ketua polis semasa mesyuarat pada 18 Januari di rumah Anwar di Damansara bahawa rasuah peringkat tinggi telah mencapai tahap berbahaya dan telah merosakkan integriti negara. 

Anwar memberi contoh dalam kes pembunuhan Altantuya dan sogokan dibayar kepada DPM Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pembelian kapal selam Perancis dan pembelian pesawat Sukhoi 2003. Dia berasa berani untuk membangkitkan perkara-perkara ini dalam sidang akhbar baru-baru ini (disiarkan terutamanya oleh perkhidmatan berita internet) kerana dia memiliki maklumat kukuh, termasuk keterangan dokumentar dalam hal perjanjian Sukhoi. Kebanyakan maklumat mengenai kes-kes ini datang daripada pegawai-pegawai kanan yang bertemu dengan Anwar, termasuk Ketua Pengarah dari sekurang-kurangnya satu kementerian dan seorang pegawai kanan di Bank Negara Malaysia. " 

Najib tak lena tidur: Adakah Anwar tahu terlalu banyak? 

Jadi, adakah Anwar tahu terlalu banyak? Perhatikan bahawa beliau bercakap dengan pegawai-pegawai AS pada tahun 2007 dan serangan terhadap beliau bermula pada tahun 2008, yang didakwa diterajui oleh Najib sendiri. 

Adakah Anwar merupakan ancaman besar kepada politik UMNO; parti terbesar dan yang mentadbir negara sejak 5 dekad yang lalu? Adakah masa untuk menjatuhkan Anwar lagi, terutama selepas pilihan raya 2008 di mana beliau telah membawa kejayaan kepada pembangkang yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hampir berjaya dalam menjadikan September 16 titik pertukaran kuasa persekutuan dari BN yang dipimpin UMNO kepada Pakatan? 

Tidak syak lagi panggilan untuk mengekang kemaraan Anwar sedang memuncak dalam UMNO, di mana beliau pernah menjadi ketua mereka yang paling disayangi sehingga penahanan dan pemecatan atas kes liwat direkacipta oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad pada tahun 1998. 

Sepuluh tahun kemudian, Najib - masih Timbalan Perdana Menteri - tidak memerlukan galakan untuk melakukan tuduhan liwat untuk kali kedua untuk mempengaruhi masyarakat Melayu membenci Anwar. Bukan sahaja Najib perlu mengekalkan cengkaman beliau ke atas kerusi PM, tetapi yang lebih merunsingkan beliau sehingga tidak lena tidur kerana risau kemungkinan Anwar akan mendedahkan rahsia itu kepada dunia, justeru meninggalkan dia dalam kehinaan, kegagalan dan mungkin juga penjara. 

“Dalang “ 

Kabel AS itu juga menyokong akuan berkanun 2008 yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang telah pun memberitahu para penyiasat Perancis bagi membantu siasatan ke atas perjanjian Scorpenes sama ada syarikat pembuat kapal DCN telah merasuah pegawai-pegawai Malaysia termasuk Najib. Bala telah mendedahkan bahawa Razak Baginda memberitahunya bahawa Altantuya adalah bekas kekasih Najib sebelum menjadi kekasihnya. 

Dua pengawal peribadi, yang telah dihukum gantung atas kematian Altantuya, juga telah mengesahkan secara berasingan kepada pihak polis bahawa mereka ditanya oleh pembantu khas Najib untuk membantu beliau. Mereka memberitahu mahkamah bahawa Razak Baginda telah mengupah mereka untuk menghentikan Altantuya daripada mengganggu beliau dan keluarganya. Altantuya, dalam sepucuk surat mengaku dia memeras ugut Razak Baginda. Dilaporkan bahawa komisen Altantuya ke atas Scorpenes yang didakwa diterima oleh Razak Baginda bagi pihak Najib berjumlah AS $ 500,000. 

Razak Baginda bukanlah orang yang bodoh. Beliau berkelulusan ijazah sarjana muda dalam politik dan kerajaan dari Politeknik London dan mendapat ijazah sarjana dalam Pengajian Perang di King's College London. Pada mulanya dia didakwa bersubahat dengan pembunuhan Altantuya, manakala pembantu khas Najib pula tidak pernah dibawa ke mahkamah. Tidak hairanlah badan kehakiman Malaysia mengalami krisis terburuk semasa pentadbiran Najib. 

Menariknya, Razak Baginda juga memberitahu pegawai AS pelan untuk melumpuhkan Anwar di akhir 1990-an sehingga dia tidak lagi boleh berdiri lagi dalam politik. Datang dari Razak Baginda, seorang yang dipercayai Najib, jelas menunjukkan kesediaan Najib untuk mengkhianati Anwar, walaupun mereka mempunyai perjanjian bahawa beliau akan menjadi Timbalan PM kepada Anwar yang akan menjadi PM sekiranya berjaya menewaskan Mahathir dalam pemilihan UMNO. 

Razak Baginda yang menyertai Maktab Pertahanan Angkatan Tentera sebagai pensyarah dan akhirnya dinaikkan pangkat sebagai ketua kajian strategik, kemudiannya membentuk Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia. Beliau juga bertindak sebagai perunding bagi Najib dalam menangani isu Scorpenes. Akhirnya pada tahun 2002, di tengah-tengah tentangan dari orang awam kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak sesuai untuk kapal rondaan bagi kawasan persisiran pantai cetek di Malaysia, Najib berjaya juga mendapatkan kapal selam tersebut. Beliau pada ketika itu memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan. Adakah Razak Baginda bertindak sebagai penyambung atau dalang, seperti yang disifatkan oleh kabel AS dalam perjanjian Sukhoi? 

Musuh lama: pukulan siapa akan mengena? 

September seolah-olah menjadi bulan yang janggal kepada Najib. Semua perkara buruk seolah-olah tertumpu kepada beliau; seperti kes mahkamah Scorpenes, perintah mahkamah untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar, dan yang terbaru laporan WikiLeaks yang bakal mendedahkan lebih banyak cerita mengejutkan semasa beliau menjadi Menteri Pertahanan. 

Untuk menutup cerita buruk, akhbar Utusan milik UMNO telah mengeluarkan cerita yang menegaskan bahawa musuh-musuh Najib telah membayar WikiLeaks untuk menerbitkan laporan berunsur "fitnah" terhadap beliau. 

"Ini adalah satu contoh fitnah yang sengaja dicipta dan kemudiannya disiarkan ke laman web seperti WikiLeaks dengan niat untuk mempengaruhi rakyat. Ia adalah fitnah tanpa bukti sama sekali," Ng Lum Yong, bekas ahli PKR yang telah berpaling dan masuk BN, dipetik sebagai berkata dalam edisi hari Jumaat Utusan. 

Bagaikan musuh pada zaman dahulu, Anwar dan Najib akan terus bertelagah dan menunggu saat dan ketika yang tepat untuk mengangkat senjata untuk membuat pukulan akhir. Siapakah yang akan menang atau akankah kedua-duanya jatuh? 

Memandangkan Najib merupakan PM sekarang, beliau pasti akan memenjarakan Anwar jika UMNO-BN menangi PRU-13. Kadang-kadang, terlalu banyak mengetahui mengenai sesuatu, terutama di negara seperti Malaysia yang masih merupakan negara autoritarian berbanding demokrasi dan undang-undang dan perintah serta tingkah laku sivil masih berada di tempat tertinggi. 

Tetapi peluru Anwar masih perlu mencari sasaran, dan sama ada Pakatan kalah atau menang GE-13, Najib hampir pasti perlu mengucapkan selamat tinggal bukan hanya kepada jawatan PM tetapi juga jawatan presiden UMNO. 

Orang yang mendapat habuannya ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan transformasi kuasa kini sudah mula berlaku di Malaysia.

Kerana Terlampau Dahaga.....

[SH] PAKA – Seorang kakitangan perubatan di salah sebuah klinik dekat sini, dipercayai melakukan seks oral terhadap pesakitnya.

Kejadian berkenaan dikatakan berlaku beberapa hari lalu di dalam bilik rawatan di klinik terbabit, ketika pesakitnya yang merupakan seorang pelajar lelaki di salah sebuah sekolah menengah berdekatan, datang untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu sakit pada bahagian dada.

Sebaik tiba gilirannya, mangsa dipanggil ke dalam bilik rawatan dan kakitangan perubatan itu melakukan pemeriksaan pada bahagian dada, sebelum mengeluarkan resit agar mangsa mendapatkan ubat.

Bagaimanapun, pelajar tingkatan empat itu diarahkan masuk semula ke dalam bilik rawatan, sebelum diarah menyelak baju untuk melakukan pemeriksaan semula.

Mangsa turut diarahkan menanggalkan seluar, sebelum kakitangan perubatan berusia 20-an itu memegang kemaluan pelajar lelaki itu, dan melakukan seks oral selama beberapa minit.

Selepas itu, pesakit berkenaan yang berasal dari sebuah taman dekat sini diarahkan memakai semula seluarnya dan meninggalkan bilik rawatan itu.

Mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Paka mengenai kejadian itu. Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan menerima laporan dan suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Saranan Aspan Dari IDEAS Kepada Penjawat Awam....

Aku petik,


Penjawat Awam perlu bersedia untuk perubahan kerajaan - IDEAS

Semakin hampir pilihanraya semakin banyak isu dan ‘idea’ yang timbul dan ini menun jukkan yang PRU kali ini merupakan PRU yang sangat penting bagi kedua-dua belah pihak PR dan BN. Jika ada perubahan, maka pegawai dan kakitangan awam perlu bersedia untuk menerima perubahan dan pertukaran kerajaan yang bukan satu perkara yang mustahil malah ia merupakan satu perkara yang amat diharapkan oleh banyak pihak untuk berlaku.

Wan Saiful Wan Jan, Ketua Eksekutif IDEAS (Institute for Democracy and Economic Affairs) telah membuat kenyataan supaya Penjawat Awam boleh menerima perubahan kerajaan dan membantu proses melaksanakan perubahan itu dengan lancar dan licin. Kita boleh mengikut contoh-contoh yang baik yang berlaku didalam kerajaan negara-negara maju seperti di Britian, yang merupakan demokrasi yang tertua dalam dunia ini.

Di Britain satu perubahan berlaku tahun lepas setelah kerajaan Labour Party telah gagal untuk mempertahankan kerajaan yang dikuasainya dan telah membantu proses peralihan kuasa dari Gordon Brown dari Labour Party kepada David Cameroon yang telah menjadi Perdana Menteri apabila mewujudkan kerajaan campuran dengan parti Liberal Demokrat.

Proses perubahan pimpinan itu terlaksana dalam tempoh 6 jam sahaja sejurus Gordon Brown keluar dari Istana Buckingham setelah mengadap Ratu Elizabeth. Peralihan itu tidak ada perkara tarik menarik yang kuat diantara parti-parti kerana yang kalah menerimanya sebagai perkara biasa dalam sebuah demokrasi ulung didunia ini. 

Pihak yang memerintah boleh diturunkan dan duduk dipihak pembangkang dengan hati yang terbuka dan kembali berkuasa apabila rakyat kembali memberikan mandat pada pilihanraya yang seterusnya. PM Gordon Brown sebelum mengadakan pilihanraya umum Britain, tidak ada membuat ucapan yang beliau akan berhempas pulas dengan apa cara sekali pun untuk mempertahankan 10 Downing Street.

Ahli ahli legislatif di England tahu dan menerima hakikat bahawa negara rakyat yang punya, bukannya pemimpin yang diberikan kuasa itu yang punya. Mungkin oleh kerana kesedaran itulah yang IDEAS telah bersedia untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada rakyat negara ini untuk belajar menerima hakikat bahawa kuasa itu tidak kekal. Kuasa itu hanya kekal ditangan rakyat kerana rakyat lah yang bertanggungjawab untuk memberikan kuasa kepada pihak mana yang mereka yakini.

Nasihat Wan Saiful kepada pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan itu sangat tepat pada masanya kerana mungkin IDEAS mempunyai keyakinan yang kali ini kuasa mungkin berpindah tangan dan itu adalah perkara yang biasa berlaku dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Dipihak pemerintah sendiri sedang mengalami igauan kerana memang kemungkinan untuk rakyat memindahkan kuasa kepada pihak lain itu adalah cerah.

Oleh kerana BN merasakan yang kuasa itu adalah hak mutlak mereka sahaja, maka Najib pun berkokok yang beliau akan lakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya. ‘By hook or by crook’ Putrajaya has got to remain with them. Ini membayangkan yang BN lah yang gila kuasa, bukannya pembangkang.

Bagi saya IDEAS sepatutnya memulakan kursus sivik kepada semua rakyat untuk memberikan mereka kefahaman tentang demokrasi dengan mendalam. Rakyat wajar di latih untuk keluar dari kepompong pemikiran yang sempit sehinggakan masih ada yang sanggup dibohongi semata-mata kerana isu-isu yang dibangkitkan terhadap pihak alternatif oleh mereka yang amat takut kepada kehilangan kuasa ini.

UMNO mahukan rakyat untuk memberikan sokongan kepada mereka walaupun mereka bergelumang dengan rasuah yang besar-besar kerana kononnya UMNO telah mencapai kemerdekaan negara. Oleh kerana UMNO yang membawa negara kemerdekaan, UMNO mahukan rakyat mengikut sahaja walaupun mereka telah merosakkan perbendaharaan negara dan membinasakan budaya politik kita sampai ketahap yang tidak dapat dikenali lagi.

Saya memandang IDEAS sebagai satu NGO yang sangat relevan untuk kehadapan bagi memberikan ‘consequence’ yang baik untuk membina budaya demokrasi yang tulin dan mengutamakan semangat demokrasi itu dengan persepsi yang baik dan sempurna.

Saya sendiri mengenali beberapa orang anggota IDEAS ini dan mereka adalah dari gulungan yang baik dan menerima hakikat yang negara perlu kepimpinan yang beretika tinggi serta pimpinan yang mengikut ‘rule of law’ serta percaya kepada pembahagian kuasa diantara Eksekutif, Legislatif dan Judiciari yang mantap.

Kepada Penjawat Awam, mereka mesti akur dengan pilihan rakyat dan melaksanakan tanggungjawab seperti biasa tidak kira siapa yang diamanahkan untuk memerintah. Penjawat Awam wajar tidak memihak kepada mana-mana pihak dan berhak untuk memilih sesiapa sahaja dalam pilhanraya yang akan datang secara sulit, tanpa rasa takut kepada tekanan yang datang dari mana-mana pihak.

Ahad, 18 Mac 2012

Jauhi Pembohongan Dan Hindari Kezaliman.

Dari Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa:
Rasulullah s.a.w bersabda: 
Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; 
beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya.
Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan 
membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu,
maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. 
Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- 
(Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

Oleh yang demikian itu maka perhatikanlah adakah Najib dan Umno/BN itu jujur dan tidak berdusta dan tidak aniaya? Sebenarnya mereka adalah golongan yang pendusta, mengapa tidak ? kerana mereka telah menipu rakyat yang mengatakan RM 500 itu seolah-olah duit mereka dan di agih-agihkan kepada rakyat  sedangkan itu semua duit rakyat . Mereka berkempen mengatakan mereka adil dan membuat jasa kepada rakyat.Jika benar mereka kata itu duit rakyat dan untuk rakyat mengapa mereka sahaja yang menyampaikannya (memberi kepada rakyat) senhinggakan yang bukan wakil rakyat,tapi hanya ketua bahagian pun turut membahagikan duit bantuan B1M itu,kalau duit Unmo bilehlah buat macam tu. Ini duit Rakyat..... (bangsat namanya tu)

Kezaliman kerajaan pimpinan Najib (Unmo/BN) mereka telah mereka cipta kes lewat 11, kepada Anwar. Khalwat kepada Badrul Amin,Pembunuhan Altantuya dengan kejam(pembunuhan tanpa motif)(bunuh main-mainlah tu)) dan banyak lagi kezaliman yang mereka lakukan.

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Mungkin ada yang melihat lebih dari itu kezaliman yang telah di lakukan oleh Najib dan kuncu-kuncunya dan ajensi-ajensinya, maka mulai dari PRU ini mari kita hentikan kezaliman ini dengan menukar dan menumbangkan kerajaan pimpinan Najib,Unmo/BN.

Pastikan ia berlaku tiada lagi pemerintahan keji dan zalim di Malaysia.

Sabtu, 17 Mac 2012

Bila Dunia Dipenuhi Oleh Manusia-Manusia Zalim Dan Bertopeng Syaitan


Mungkin salah satu sindiket jenayah paling jahat di dunia ini
 pastinya yang berkaitan dengan aktiviti memintak sedekah.

Kita sudah pasti pernah terbaca dan melihat kisah-kisah
(berdasarkan kisah benar) di televisyen akan bagaimana
sindiket mengemis bertindak zalim ke atas wanita dan kanak-kanak.

Ada laporan di mana kanak-kanak dibutakan,
dipotong tangan atau kaki,
 diseksa dan sebagainya semata-mata
untuk menimbulkan rasa simpati orang ramai apabila memandang mereka.
Haiwan tidak berbuat demikian, itu manusia yang bertaraf syaitan.

Gambar tidak bertarikh di atas dan bawah memperlihatkan
bagaimana seorang kanak-kanak
perempuan berumur 11 tahun di China dibogelkan
dipercayai oleh sindiket mengemis di negara itu.

Betul-betul mereka melayan manusia
umpama batu yang tidak berperasaan.

Tidak diketahui apa tindakan pihak berkuasa negara itu,
 namun apa pun yang dibuat, pastinya tidak cukup.
Dan bagaimana rakyatnya hanya boleh berlalu 
memandang sepi begitu sahaja apa yang berlaku di hadapan mata mereka.

 

Hanya Tinggal Beberapa Hari Sahaja Lagi...

Pyramid of the Sun

TEOTIHUACAN, MEXICO - MARCH 21: Beribu-ribu orang   Mexico berkompol bersama-bersama dihadapan Pyramid of the Sun untuk menerima tenaga dari sinaran matahari pagi.Festa ini disambut setiap tahu pada 21 Much.Mengikut kepercayaan orang Maxico mereka akan dapat special energy . 

Pyramid of the Sun



Ritual Apakah Ini ??



Syukur lah di negara Malaysia ini penduduknya masih berahlqak tiggi
tidak membuat kelakuan yang bukan-bukan seperti mereka ini.
Pakai baju tapi tunjuk senjata sulit.....
Hai entah lah....manusia-manusia apa ini?? 

Mereka ni lain pula gilanya.
Menurunkan seluar di depan kereta yang sedang laju boleh jadi merupakan Ritual
kata mereka, perkara aneh dan gila ini berlaku di California Selatan.

Ini ritual tahunan yang dinamakan "Moon Over Amtrak" , 
acara dalam komuniti Orange County di Laguna Niguel , 
komuniti di mana orang-orang berbaris sambil melondehkan selewar 
ketika kereta api sedang lalu dan laju.

P/S : Jangan ditiru perkara buruk diatas, 
rakyat Malaysia memang terkenal dengan cepat meniru
apa sahaja yang datang dari barat. 

Mari Kita lihat Ketelusan Mahkamah Paris !





Kes Scorpene akhirnya ke mahkamah Paris

Kes yang dibawa oleh NGO hak asasi manusia Malaysia, Suaram, terhadap syarikat gergasi pembuat kapal Perancis, DCNS,  akhirnya akan dibicarakan di mahkamah setelah tiga tahun menunggu.
NONEPengarah Suaram, Cynthia Gabriel mengesahkan kes itu akan didengar
Idi mahkamah Paris, tetapi hanya akan mendedahkan maklumat lanjut mengenainya dalam sidang akhbar esok.

"Masanya sudah tiba. Kes ini akan dibicarakan di Perancis. Kami amat teruja," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ia telah tertangguh disebabkan oleh perkembangan politik di Perancis dan Malaysia kerana ia dianggap sebagai kes berprofil tinggi.

Syarikat Perancis yang membekalkan dua kapal selam Scorpene kepada Malaysia itu, dituduh membayar berjuta-juta ringgit sogokan kepada pegawai tertinggi Malaysia yang terlibat dalam pembelian.

Di bawah undang-undang Perancis, apa-apa bayaran atau komisen itu dianggap sebagai haram.
NONEMelibatkan pembelian sebanyak RM7.3 bilion untuk dua kapal selam
kelas Scorpene pada tahun 2002 oleh kerajaan Malaysia, skandal itu berlaku ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi menteri pertahanan.

Cynthia (kiri) berkata kes itu terlewat sebelum ini kerana kedua-dua negara berdepan dengan kemungkinan menghadapi pilihan raya, dan kesannya adalah tinggi terhadap ahli-ahli politik yang didakwa terlibat dalam pemerolehan itu.


Antara Pekuburan Paling Aneh Dan Unik Di Dunia



Pekuburan yang letaknya di negara Irlandia ini adalah salah satu bangunan atau monumen pra sejarah yang paling impresif dan megah di dunia. Dibangun sekitar tahun 3300 sampai dengan 2900 sebelum masehi, makam misteri ini termasuk sangat besar. Luas bangunan berbentuk bulat seperti bungker ini memiliki luas 4046 meter persegi dengan tinggi 12 meter.

Bangunan ini sebenarnya terdiri dari susunan batu-batu yang sangat rapi dan terdapat sejumlah peninggalan batu berukir megalitikum. Ini menunjukkan bahwa bangunan kokoh ini memang memiliki umur yang sangat tua, bahkan lebih tua dari piramida Giza dan Stonehenge.



Tana Toraja

Salah satu warisan kebudayaan yang dimiliki Indonesia yang sangat terkenal hingga ke luar negeri. Tana Toraja memiliki ritual pemakaman yang dianggap paling rumit di dunia. Upacara pemakaman itu disebut dengan Rambu Solo. Rambu Solo adalah sebuah upacara pemakaman secara adat yang mewajibkan keluarga yang mendiang membuat sebuah pesta sebagai tanda penghormatan terakhir pada mendiang yang telah pergi. Yang buat rumit, adalah upacara Rambu Solo memiliki sejumlah tingkatan, tergantung pada strata sosial si mati dan keluarganya.



Yang paling menarik adalah ketika tahap terakhir upacara Rambu Solo dimana mayat dibawa ke sebuah tebing khusus untuk penanaman. Biasanya mayat disertai dengan patung simbolisasi menggambarkan diri mendiang yang disebut dengan nama Tau-tau.



Yang mengherankan apabila mayat itu hanya disimpan di tebing tersebut dan hanya diletakkan saja tidak ditanam(dikuburkan kedalam tanah seperti lazim orang mati) dan ajaibnya tidak pernah tercium bau busuk yang merebak yang kuat.Sedangkan bangkai manusia adalah bangkai yang paling busuk sekali. 


Westminster Abbey


Westminster Abbey adalah sebuah gereja gothic yang sangat terkenal di London. Secara amnya bangunan gereja tersebut memang tidak sehebat dan semegah bangunan-bangunan kuno yang lain. Tapi apa yang membuat bangunan yang dibangun oleh Pendeta Benedictine pada abad ke-10 itu adalah siapakah yang dimakamkan di sana?. Westminster Abbey adalah tempat pemakaman para raja-raja Inggris dan bangsawan lainnya.

Perkuburan tersebut menjadi tempat terakhir bagi orang-orang besar Inggris lainnya seperti Geoffrey Chaucer, Charles Dickens, Thomas Hardy, Rudyard Kipling, Alfred Tennyson, Sir Isaac Newton, Charles Darwin, and Ernest Rutherford.

Giza Necropolis

Tak ada yang menandingi kompleks pemakaman yang paling megah, besar, luas, bahkan paling misteri di dunia selain Giza Necropolis. Kompleks pemakaman raja Mesir ini terdiri dari Piramid besar Giza, Piramid Khafre, Piramid Menkaure, Patung Sphinx, serta beberapa piramid-piramid kecil lain yang mengelilinginya.

Salah satu keajaiban dari pemakaman berbentuk segitiga unik ini adalah setelah diukur dengan betul dan mencari ketepatannya oleh sejumlah ahli juru bena, maka piramid itu hanya memiliki margin error sebesar 58 milimeter sahaja. Begitu hebatnya tamadun orang-orang mesir dahulu kala.

Sedangkan dizaman mereka dahulu mereka tidak mempunyai peralatan yang canggih-canggih seperti sekarang ini. 


Lembah Raja-Raja


Lembah Raja-Raja yang berada di Mesir menjadi sangat terkenal ketika pada tahun 1922, seorang ahli kebudayaan Mesir Howard Carter menemukan dan membuka makam Tutankhamen. Di sinilah merebak ’kutukan’ bagi mereka yang membuka makam tersebut. Maka satu per satu dari para penemu makam kuno itu mati dengan berbagai akibat.

Akibat ’kutukan’ itulah Lembah Raja-Raja menjadi sangat terkenal disamping juga penemuan yang didapat di sana sangat luar biasa, seperti topeng emas Raja Tut.


Catacomb of Paris

Agak susah menterjemahkan apa arti dari catacomb, tapi boleh dimaknakan sebagai lorong-lorong bawah tanah, kadang-kadang membinaan ruangan-ruangan itu bergantung pada keperluan untuk apa ruangan tersebut dibuat. Catacomb yang paling terkenal adalah yang terletak di kota Paris, Perancis.

Pada tahun 1700-an, kota Paris mengalami seperti satu serangan wabak penyakit ganjil yang diakibatkan oleh pengebumial mayat yang kurang tepat dipemakaman umum. Penguasa kota akhirnya memutuskan memindahkan semua tulang belulang itu ke dalam sejumlah lorong-lorong kosong di kota Paris yang tidak terpakai.

Maka, jadilah tulang belulang beserta tengkorak tersebut diletakkan di sana dan disusun sedemikian rupa di dalam lorong-lorong tersebut. Yang menjadi luar biasa adalah lorong bawah tanah yang terpakai untuk menyusun tulang belulang itu adalah hingga mencapai panjang 300 km! Untuk menjaga keaslian ruangan yang penuh tulang belulang itu, pemerintah kota hanya mengizinkan membuka sedikit akses ke dalam Catacomb of Paris ini.

Tentara Terracotta


Mungkin penemuan tentang adanya patung-patong tentara China yang sehingga saat ini masih belum selesai penggaliannya. Pasukan tentera terracotta yang menakjubkan itu sempat terkubur dan dilupakan oleh sejarah, dan baru ditemui kembali pada tahun 1974. Penemuan itu telah ditemui Yang Peiyan dan beberapa orang petani yang sedang berusaha menggarap tanah untuk dijadikan tempat pertanian baru.

Temuan ini telah membuka tabir misteri tentang adanya makam kaisar Qin Shihuang yang merupakan kaisar pertama di China yang mempersatukan dataran China. Tentara Terracotta Cina ini berkekuatan 8.000 pasukan, dan yang paling unik, setiap patung unik dan dibuat satu per satu sehingga tidak ada gambar wajah patung yang sama. Pasukan itu dibuat untuk melindungi kaisar di alam baka(mengikut kepercayaan mereka)


Capuchin Catacombs of Palermo


Di daerah Palermo, Italia, terdapat sebuah biara yang cukup aneh dengan upacara pemakamannya. Para pendeta membangun ruangan bawah tanah yang diperuntukkan untuk pemakaman, dan uniknya pemakaman yang dimaksud bukan menanam mayat ke dalam tanah seperti yang lazim dilakukan orang, sebaliknya dengan cara melakukan proses pembalseman(pembungkusan) seperti mummi yang kemudian mummi tersebut didandankan dengan pakaian lengkap dan digantung pada dinding biara. Uniknya lagi, mummi-mummi ini akan digantikan pakaianya seperti layaknya manusia yang masih hidup, bahkan mengikuti trend pula.

Upacara pemakaman seperti ini berlangsung mulai dari abad ke-16 sampai hingga abad ke-19. Dan yang mayat yang layak untuk dimakamkan dengan cara itu hanyalah mayat orang-orang yang dianggap terkemuka. Terakhir pada tahun 1800-an dimana mayat terakhir di-mummi-kan, sudah ada 8000 mummi yang menghuni di dalam biara tersebut.


Taj Mahal
Ini dia simbol dari sebuah rasa cinta yang agung. Selain sebagai lambang cinta yang abadi, Taj Mahal juga boleh dianggap sebagai makam terindah yang pernah dibangun karena di dalamnya bersemayam makam Raja Shah Jahan dan permaisurinya yang sangat dia cintai, Mumtaz Mahal.

Bangunan ini merupakan simbol dari kebesaran dinasti Mughal yang sangat termasyur di India. Pada masa kekaisaran dinasti Mughal, India mencapai masa keemasannya, dan Taj Mahal adalah salah satu bukti kebesarannya. Selain membuktikan kekayaan dinasti Mughal (penggunaan batu marbel dan segala perniknya yang sangat detil menunjukkan besarnya kekayaan dinasti tersebut), juga keindahan arsitekturnya yang sangat menawan dan sangat simetris.

Kota Mati di Ossetia Utara, Rusia


Dari kejauhan, lembah ini dipenuhi oleh sejumlah gedung dan bangunan yang mirip dengan rumah batu, tidak jauh bedanya dengan desa-desa pada umumnya di Rusia. Namun, kalau diamati lebih teliti, ada yang janggal dengan bangunan-bangunan tersebut. Kalau kita intip ke dalam, barulah kita sadar bahwa bangunan itu isinya adalah tubuh manusia yang termumifikasi dengan pakaian yang lengkap.

Menurut kabar, pada abad ke-18, daerah Ossetia sedang mengalami wabak penyakit yang mematikan (membunuh). Jadi, anggota keluarga yang terkena wabak tersebut akhirnya dikuarantin dengan membuatkan bangunan yang khusus. Bangunan-bangunan itu dirancang pembinaanya agar anggota keluarga yang sakit itu tidak boleh kemana-mana,kerana mereka takut penularan wabak tersebut, oleh kerana wabak itu boleh menjangkit maka pesakit terpaksa menjalani pengasinggan.

Rumah tersebut hanya di buatkan lubang-lubang kecil saja untuk memasukkan makanan ke dalam ruangan tersebut. Dengan cara ini pesakit akan mati secara perlahan-lahan dan penyakit dapat dikawal dari menular.Tiada pertolongan dari segi perawatan dilakukan kepada pesakit.yang memadai bagi si sakit.