SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 15 Januari 2013

Gangguan bekalan air langsung tiada kaitan Langat 2 – MB S’ngor


SHAH ALAM 15 Jan: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menegaskan, gangguan bekalan air di Lembah Klang tiada kaitan langsung dengan pembinaan loji Langat 2.
Sebaliknya beliau berkata, ia berpunca kelemahan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang dilanda krisis pengurusan.
Menurutnya, Syabas diberi konsesi selama 30 tahun oleh Barisan Nasional untuk memonopoli agihan air terawat kepada pengguna Lembah Klang tetapi syarikat ini tidak mempunyai kemampuan kewangan serta gagal mematuhi perjanjian konsesi.
Katanya, Syabas gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) di bawah 30 peratus seperti yang ditetapkan dalam perjanjian konsesi.
“Masalah kekurangan air terawat tidak akan selesai walaupun Langat 2 dibina kerana ketidakmampuan Syabas menurunkan kadar NRW,” kata Khalid menerusi kenyataan sekretariat akhbarnya.
Jelas Menteri Besar, masalah air di Lembah Klang hanya akan selesai jika Kerajaan Persekutuan bekerjasama dengan membenarkan Kerajaan Selangor mengambilalih operasi air daripada konsesi.
“Namun, cadangan pengambilalihan ini tidak disokong Kerajaan Persekutuan walaupun pengambilalihan operasi air oleh kerajaan-kerajaan negeri terkandung dalam Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 yang diluluskan BN sendiri,” katanya.
Khalid juga mengingatkan pemimpin BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpolitik secara matang dan tidak menggunakan isu air untuk mengugut rakyat Selangor supaya menyokong BN pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan