SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 19 April 2013

Sekitar Perhimpunan PR Di Desa Pingiran Putrajaya





Semalam aku bersama beberapa kawan dari Penang berkunjung ke ceramah di Desa Pinggiran Putrajaya. Kami nak tengok macam mana sambutan orang ramai terhadap program yang kurang diwar-warkan sangat dari segi banner atau bunting secara fizikal di sekitar Selangor terutamanya di sekitar Putrajaya.

Kalau nak ikutkan logik, tentu akan hanya ada beberapa kerat saja orang yang datang dalam ceramah semalam. Usaha PR untuk menabur atau memacak bendera atau banner mereka banyak disabotaj oleh pihak tertentu.

Kalau pasang pukul 1 pagi, pukul dua pagi akan hilang lesap disambar oleh orang yang tak senang melihat bendera selain daripada yang berwarna biru pekat. Jadi macam mana nak pasang banner untuk umumkan perihal ceramah di Putrajaya?

Malah penganjur juga sebenarnya tidak sangka sambutan sampai ke peringkat seperti itu. Mereka ingatkan tentulah orang akan datang setakat separuh padang sahaja. Tetapi subhanallah!, puluhan ribu terjun menerpa ke Pinggiran Putrajaya semalam.

Seluruh padang dipenuhi oleh orang ramai kecuali di belakang pentas. Orang ramai penuh di sebelah depan sehinggalah memenuhi jalanraya. Kereta sesak di sana sini dan orang yang berniaga juga ramai dan ketika habis program semua kedai tidak ada lagi baki makanan untuk dijual!

Tuan Guru Haji hadi yang minta laluan untuk berceramah terlebih dulu kerana punyai urusan selepas itu telah naik minyak lalu berceramah lebih panjang dari sepatutnya. katanya dia mulanya nak cakap pendek saja, tapi bila melihat kehadiran yang begitu ramai, membuatkan semnagtnya naik.

Ceramah yang hebat disampaikan oleh Husam berkenaan pemerhatiannya terhadap Putrajaya sepanjang mula mengenali dan mencari sahabat di Kota Pemerintahan negara tersebut. Dari situ dia memberikan banyak jalan penyelesaian yang mampu merubah kota putrajaya menjadi sebagai kota penuh keadilan dan kemakmuran...insyallah.

Berikut Jadual Khatib/Imam solat Jumaat jika PR perintah Putrajaya:
Jumaat Pertama - TG Nik Aziz
Jumaat Kedua - TG Haji Hadi
Jumaat ketiga - Haji Husam sendiri
Jumaat Keempat - Ustaz Azhar Idrus
Jumaat Kelima - akan diumumkan selepas kemenangan 6 mei



Begitulah antara janji Husam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan