SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 2 Mei 2013

Anwar selar penahanan blogger Milo Suam bawah OSA


PETALING JAYA 2 MEI: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan polis menahan blogger Milo Suam yang dipercayai mendedahkan kepincangan undi pos polis.
milo-suam-selar
Menurut Anwar, blogger Milo Suam yang mempunyai pengaruh besar dan pembaca berjumlah ratusan ribu kini ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) selama tiga hari.
“Jangan tangkap pemberi maklumat. Persoalannya, apa jaminan polis akan kendali dan pastikan pilihan raya bebas dan adil?” kata Anwar menjawab soalan pemberita.
Tambahnya, blog Milo Suam sebelum ini mendedahkan kepincangan dalam proses pengundian pos polis yang menerima kertas undi sehari lebih awal.
“Ini adalah intimidasi politik untuk menafikan hak rakyat Malaysia untuk mengetahui perkara sebenar,” tambah Anwar.
Justeru, blog tersebut yang dikendali secara peribadi tidak dapat lagi menyampaikan maklumat dan pendedahan secara efektif.
“Kita ada saksi. Laporan telah dibuat. Sekarang ada kelemahan besar. Sepatutnya polis tidak boleh berkompromi dengan pemimpin yang korup tanpa melaksanakan pilihan raya bebas dan adil,” tegas Anwar.
Ironinya, blogger pro Umno, Papagomo yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam dan kesalahannya terang-terang menyalahi peruntukan undang-undang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan