KUALA LUMPUR 2 MEI: Pasukan polis kini lebih mudah memberi kerjasama membenarkan program anjuran KEADILAN di sekitar Kuala Lumpur, kata Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad.
“Sekarang mudah sedikit berbanding dulu. Polis lebih mudah beri permit. Sebab program anjuran KEADILAN di mana-mana di Wilayah mematuhi undang-undang,” katanya.
Jelas beliau, program anjuran KEADILAN atau PAS dengan kerjasama penduduk tempatan lebih mudah diluluskan pihak polis berbanding mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Menteri Wilayah cuba halang. Apa sahaja program KEADILAN atau PAS di dewan orang ramai atau pun program masyarakat akan dihalang. Tapi dia (Nong Chik), boleh pula nak pakai,” kata Idris menerangkan sikap pilih kasih DBKL.
“Kalau kita buat ceramah, kita tak kacau sesiapa. Yang banyak ganggu dan buat provokasi sebenarnya ialah orang BN,” katanya.
Justeru, kata Idris, kempen kini lebih giat dijalankan dari rumah ke rumah untuk bertemu secara langsung dengan pengundi.
“Di seluruh Kuala Lumpur positif terhadap kempen KEADILAN. Kehadrian memang ramai. Untuk anak-anak muda tak ada masalah sangat sebab mereka mendapat maklumat melalui internet,” jelasnya.
“Sekarang yang ingin kita lakukan ialah kempen dari rumah ke rumah, bertemu pengundi di kedai-kedai, di tempat secara terus. Kena jumpa pengundi secara langsung setiap hari,” kata doktor pakar yang lebih menekankan sentuhan peribadi dengan pengundi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan