KAJANG 19 FEB: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) akan melancarkan jentera pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N 25 Kajang pada hari Jumaat, 21 Februari ini.
Majlis pelancaran dengan tema `Dari Kajang ke Putrajaya’ akan diadakan di tapak pasar malam Taman Delima, Batu 13, Jalan Cheras-Sungai Sekamat, Kajang pada jam 9 malam.
Turut hadir, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama barisan Exco AMK dan wakil sayap pemuda dari Pas dan DAP.
Sayap pemuda Pakatan Rakyat khususnya Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menyatakan telah bersiap sedia menyusun gerak kerja kempen bagi bagi PRK Kajang melalui program penerangan, ceramah, temurapat dan sebagainya.
Sebelum ini pelancaran jentera di peringkat Pusat telah diadakan pada 3 Februari lepas manakala tiga hari kemudiannya (6 Februari) diikuti dengan pelancaran Jentera di peringkat sayap Wanita KEADILAN.
Anak muda dan orang ramai yang tinggal di Kajang dan kawasan sekitar dialu-alukan hadir bagi memeriahkan majlis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan