SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 14 Februari 2014

Guna Air Mani Gajah Untuk Tundukkan Lelaki



“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu

Kuala Terengganu: Satu ketika dia ibarat primadona kerana berbekalkan batu mani gajah yang dijadikan tangkal, lebih 50 lelaki kaya dikikisnya sehingga memiliki wang simpanan lebih RM3 juta dalam tempoh cuma setahun.

Bagaimanapun, kuasa amalan syirik itu hanya sementara kerana dia kini menderita pelbagai penyakit selepas isteri seorang lelaki bergelar Datuk yang menjadi mangsanya membalas dendam dengan turut mengenakan ilmu hitam ke atasnya.


Itu kejadian menimpa seorang wanita berusia 31 tahun mahu dikenali sebagai Haslinda yang sebelum ini hidup bergelumang dosa, semata-mata untuk hidup mewah.

“Ada rakan memberitahu mengenai batu mani gajah dimiliki seorang bomoh tinggal di sempadan Siam (Thailand) yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa saja tunduk dengan permintaan dan arahan kita.

“Saya sanggup menjual diri bagi memperoleh RM8,000 sebagai bayaran untuk memiliki batu itu dan saya juga memandu beratus-ratus kilometer bersendirian untuk ke rumah bomoh itu dua tahun lalu,” katanya.

Segeralah bertaubat

“Dia (Haslinda) sepatutnya bersyukur kerana Allah masih memberinya peluang kembali ke pangkal jalan. Jadi, saya menasihatkan dia supaya segera bertaubat kerana dosanya amat besar.”

Itu kata Imam Besar Masjid Negeri Terengganu Aizi Saidi Abdul Aziz mengenai kejadian menimpa Haslinda yang sebelum ini menggunakan batu mani gajah sebagai tangkal untuk memikat dan mengikis wang lelaki.

Menurutnya, Haslinda wajib kembali kepada ajaran Islam sebenar kerana perbuatan menggunakan tangkal adalah syirik kerana batu mani itu menjadi istimewa dengan bantuan syaitan.

“Percaya kepada kuasa yang ada pada makhluk boleh menandingi kekuasaan Allah sebenarnya perbuatan menyalahi hukum agama dan perlu pulang ke pangkal jalan,” katanya.

Pengamal Perubatan Tradisional Azman Ahmad, 38, pula berkata, kebiasaannya pengamal ilmu hitam akan menyeru semangat yang dipuja pada jenglot atau dikenali juga anak kerak untuk menimbulkan gangguan kesihatan dan pemikiran mangsanya.

“Jenglot biasanya diamalkan pengamal perubatan dari tanah seberang dan patung itu perlu dipuja untuk menghidupkan kuasanya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan