Biarlah pun kalau Kajang itu kerusi tradisi MCA sekalipun. Bukankah pemimpin-pemimpin UMNO yang tersangat bencikan Anwar Ibrahim?
Bukankah ini saat terbaik untuk memalukan Anwar Ibrahim secara jantan? UMNO akan berbangga jika calonnya menang mengalahkan ketua pembangkang di DUN Kajang. Akan terpahat dalam sejarah UMNO untuk dikenang-kenang sepajang hayat. Agaknya mata Mahathir akan terpejam rapat kot tanda kepuasan maksima.
Tapi itu sekadar fantasi syahwat yang tak mungkin berlaku, UMNO lebih awal tercirit dari kebiasaan. Mereka tidak berani berlawan secara jantan kali ini. Mereka hanya berani menggunakan fitnah liwat untuk hancurkan Anwar.
Persediaan MCA untuk berdepan pilihan raya kecil Kajang berjalan lancar, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Menurut Liow, semua pemimpin pusat akan ditempatkan di setiap 16 pusat pengundian untuk memastikan segala-galanya berjalan seperti yang dirancang.
Beliau berkata mereka akan bekerjasama erat dengan pemimpin-pemimpin Selangor di peringkat negeri dan bahagian untuk menjalankan program dan aktiviti.
Liow berkata timbalannya Datuk Dr Wee Ka Siong merupakan ketua jawatankuasa pilihan raya parti.
Mengenai calon parti untuk pilihan raya kecil itu, Liow berkata senarai pendek calon akan siap pada Isnin selepas tinjauan dilakukan.
Pada Ahad, beliau akan membuka bilik gerakan parti.
Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di sini pada Khamis, Liow berkata terdapat komitmen yang tinggi
daripada semua peringkat dalam parti untuk menjamin kemenangan Barisan Nasional
Tiada ulasan:
Catat Ulasan