SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 6 April 2014

Saya Tidak Memangku Jawatan PM Ketika Peristiwa Memali - Tun Musa Hitam


'Saya tidak memangku jawatan PM pada hari peristiwa Memali' - Musa Hitam

KUALA LUMPUR  - Tun Musa Hitam hari ini mendakwa beliau tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari peristiwa Memali berlaku kerana Perdana Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di dalam negara.



Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pada hari kejadian, beliau bersama Pemangku Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd. Amin Osman telah menemui Dr. Mahathir di pejabatnya dan Mohd. Amin memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku.



Taklimat itu mengenai operasi polis di Memali yang melibatkan kematian empat anggota polis dan 14 orang awam.



"Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr Mahathir menangguhkan program lawatan ke China atas tiga sebab (iaitu) peristiwa ini berlaku di negeri Kedah, negeri perdana menteri sendiri; peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.



"(Dan) dengan menangguhkan lawatan ke China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri," katanya dalam satu kenyataan di sini.



Dalam kejadian pada 19 Nov 1985 itu, seramai 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan