
Polis Pulau Pinang menafikan berita yang melaporkan sekurang-kurangnya 200 lokasi panas yang dilabelkan 'bandar seks'.
Polis Pulau Pinang menafikan berita yang melaporkan sekurang-kurangnya 200 lokasi panas yang dilabelkan ‘bandar seks’.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi yang hairan dengan berita itu berkata laporan itu berdasarkan kaji selidik yang tidak berasas dijalankan organisasi bukan kerajaan (NGO).
“Tidak ada ‘kawasan panas seks’ di negeri ini,” katanya sambil menggesa penyelidik tampil ke hadapan bagi memahami pendekatan pihak polis untuk memerangi aktiviti haram.
Rahim ditanya pemberita selepas ‘Migrants and Refugees Northern Network’ (JUMP) melabelkan negeri itu sebagai “bandar seks” pada Ahad.
Penyelidik JUMP, Todd Morrison mendakwa hasil penyelidikan menunjukkan Pulau Pinang mempunyai sekurang-kurangnya 200 ‘kawasan panas’ yang menawarkan khidmat seks malah sesetengahnya memiliki koordinat GPS yang mudah dicari.
Morrison berkata, ia termasuk pusat hiburan, rumah urut dan hotel bajet yang terdapat di sekitar bandaraya ini.
“Kami akan merekodkan keterangan daripada pihak NGO itu tidak lama lagi berikutan tuntutan yang dibuat mereka dan ini tidak adil melabelkan negeri itu sedemikian,” katanya.
Rahim berkata polis bertindak melakukan lima serbuan setiap hari untuk membanteras aktiviti haram ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan