SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 9 April 2014

Akibat tegur ‘kaki minum’, remaja maut dibelasah

gory_M
Seorang remaja belasan maut setelah dipukul menggunakan topi keledar oleh 
empat lelaki kerana menegur minum minuman keras.
Seorang remaja maut setelah dibelasah beberapa lelaki di Lebuh Sungai Pinang pada jam 2.45 pagi tadi.
Insiden tersebut dipercayai berlaku apabila remaja berusia 19 tahun itu memberi nasihat kepada empat lelaki mengenai tabiat ‘kaki minum’ mereka.
Setelah itu, berlaku pertelingkahan lindah antara mereka dan mangsa dipukul secara beramai-ramai.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata, kejadian meragut nyawa berkenaan berlaku di pinggir pantai dan disaksikan empat lelaki yang menaiki dua buah motosikal.
Menurut beliau, saksi kemudian menghubungi pihak berkuasa dan polis sampai dalam kadar segera.
Mazlan berkata, mangsa cedera di bahagian kepala dan muka, sejurus menyedari remaja itu sudah tidak bernyawa dan terdapat beberapa saksi, suspek melarikan diri.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mangsa dikenal pasti sebagai Ameer Mustaqim Naharuddin, bekerja sebagai tukang cuci di Universiti Sains Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan