SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 9 April 2014

4 lagi warga asing direman

sabah-m09-Apr
Ketua Polis Sabah, Komisioner Datuk Hamza Taib: "Majoriti yang ditahan reman adalah wanita."
Empat lagi warga asing direman untuk membantu siasatan dalam kes penculikan dua wanita dari Resort Singamata Reef, Semporna Rabu lalu.
“Ini bermakna lapan orang ditahan untuk membantu siasatan dan majoriti adalah wanita,” kata Ketua Polis Sabah, Komisioner Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar, hari ini.
Katanya, sehingga kini 22 orang ditahan di mana 15 daripada mereka lelaki dan tujuh wanita berusia antara 16 dan 60 tahun. Mereka ditahan di resorts berdekatan dan di tanah besar.
Sementara lapan warga asing itu direman hingga 17 April, selebihnya akan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.
Hamza berkata, sehingga kini, penculik membuat lebih daripada satu pangilan tetapi tidak mendedahkan jumlah wang tebusan diminta.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penculikan 1961 yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 4 Akta Senjata Api (Hukuman Ditambah) 1971, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada enam sebatan.
“Kami menyiasat sama ada kes ini berkaitan culik untuk wang tebusan atau mereka yang terlibat adalah anggota kumpulan Abu Sayyaf atau serpihan kumpulan itu,” katanya.
Tambahnya, pihak polis bekerjasama dengan kedutaan China dan Filipina dan meneguhkan hubungan dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) untuk memastikan keselamatan perairan Sabah terpelihara.
“Menyelamatkan kedua-dua mangsa adalah keutamaan kami. Mereka berdua selamat. Kami tahu di mana mereka berada dan tidak akan membiarkan apa-apa perkara yang boleh menjejaskan keselamatan mereka,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan