SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 6 Januari 2015

Kes seleweng dana NFC: Pendedahan saya berasas – Rafizi

NFCKUALA LUMPUR 6 JAN: “Tanpa pendedahan sayapun, lama-kelamaan perniagaan Mohamad Salleh akhirnya akan jatuh juga sebab projek NFC beliau memang bermasalah kerana kosnya tidak berbaloi dengan keuntungan yang diperolehi,” kata Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Mohamad Salleh yang menyalahkan pendedahannya sebelum ini sebagai penyebab projek perniagaan Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional Sdn Bhd (NFC) itu musnah termasuk keluarganya.
Semalam, kes saman Mohamad Salleh terhadap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berhubung pembelian lapan unit kondominium dijalankan di Makhamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam saman itu, Salleh berkata, Nurul Izzah dalam sidang media bersama Rafizi pada 7 Mac 2012 membuat kenyataan berhubung pendedahan Rafizi yang mendakwa beliau (Salleh) menggunakan dana awam NFCorp untuk mendapat pinjaman daripada Public Bank agar dapat membeli lapan unit kondominium di KL Eco City.

Mohamad Salleh turut menafikan menyalahgunakan dana awam RM250 juta NFC untuk mendapatkan pinjaman bank bagi membeli lapan unit kondominium tersebut.

“Saya tepis dakwaan itu. Perniagaan dia memang bermasalah apabila gagal mencapai sasaran jumlah lembu yang patut dipelihara seperti yang dipersetujui untuk memperolehi pinjaman kerajaan,” kata Rafizi.

“Tuduhan bahawa saya musnahkan keluarganya tidak adil. Cemuhan rakyat kepadanya akibat beliau dan anaknya menyalah gunakan dana RM250 juta kerajaan bagi tujuan peribadi. Sepatutnya digunakan untuk perniagaan lembu.“Saya hanya bawa isu ini kepada rakyat, terpulang kepada rakyat untuk menilai,” kata Rafizi lagi.
Beliau berkata, walaupun Mohamad Salleh menafikan perkara itu namun dia tidak boleh terlepas kerana telah didakwa menyeleweng wang tersebut.“Dia boleh bagi apa-apa keterangan tetapi akhirnya tidak ada bukti untuk nafikan pendedahan saya sebelum ini. Hakikatnya dia sudah didakwa atas tuduhan menyeleweng wang tersebut, ini menunjukkan pendedahan saya berasas.
“Tidak ada perkara boleh disembunyi. Lebih baik muhasabah diri, jangan cepat melenting,” katanya lagi.Sebelum ini, Rafizi mendedahkan beberapa skandal NFC antaranya pembelian aset seperti kondominium dan kereta mewah serta lot tanah
berjumlah RM62,160,913.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan