KUALA LUMPUR 6 JAN: Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli berkata,
beliau akan terus meneliti lebih mendalam isu berbangkit membabitkan
badan pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Katanya, siri pendedahan terbabit tidak akan berubah walaupun
kenalannya, Arul Kanda Kandasamy akan menerajui syarikat yang sedang
dikritik hebat itu.
“Sebenarnya,
saya baru sahaja habis mesyuarat berkenaan 1MDB, kita akan sambut dia
dengan lebih banyak pendedahan,” katanya, lapor MalaysiaKini.
Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, beliau dan Arul Kanda,
39, menyambung pelajaran ke United Kingdom, pada masa yang sama sebelum
ini.
Arul Kanda menggantikan Mohd Hazem Abdul Rahman yang meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, semalam.Dalam satu kenyataan, Pengerusi 1MDB, Datuk Lodin Wok Kamaruddin
berkata, Arul, dilantik sebagai Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan
berkuatkuasa serta-merta.Arul Kanda berkata, keutamaannya adalah melakukan semakan strategik terhadap operasi syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Beliau pernah menyertai Bank Perdagangan Abu Dhabi sebagai Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pelaburan Perbankan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan