KUALA LUMPUR 6 JAN: Kos belanja minyak penerbangan pesawat negara
9M-NAA yang dinaiki oleh ‘VIP misteri’ yang baru pulang ke negara
selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000.
Kos penerbangan ini didedahkan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN(AMK), Lee Chean Chung (gambar) dalam kenyataan.
“Dengan
harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di
atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!
“Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang,
kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan
pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos
penyelenggaran jet dan lain-lain,” katanya.
Dalam analisa itu dianggankan hampir 64,232.36 gelen minyak jet digunakan.
“Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh
digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada
mangsa banjir.
“Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404
boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa
banjir,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan