Penyalahgunaan kebebasan bersuara oleh
sebahagian individu tidak harus dijadikan alasan untuk menyekat hak
asasi manusia itu, kata anggota parlimen Parit Buntar Mujahid Yusof
Rawa.
Mengakui kebebasan bersuara harus disertai rasa hormat pada orang lain, Mujahid bagaimanapun berkata, penyalahgunaan itu tidak dapat dihapuskan melalui “sebuah lagi undang-undang zalim”.
“Membatasi kebebasan atas alasan terdapat orang menyalahguna kan kebebasan bukanlah jawapannya,” kata wakil rakyat PAS itu.
Beliau mengulas kenyataan kerajaan mahu menjadikan insiden tembakan di Paris baru-baru ini sebagai alasan untuk mewajarkan pengekalan Akta Hasutan 1948.
Insiden itu menyaksikan 12 orang terbunuh dalam serangan pada majalah Charlie Hebdo kerana mempermainkan Nabi Muhammad melalui kartun satiranya.

Sumber : Disini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan