SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Selasa, 29 Mac 2011

BADMINTON MALAYSIA

Sudah seminggu kita dihidangkan dengan berita-berita sek hari-hari dah naik muak membaca khabar-akhbar arus perdana. Berita TV, radio pun sama .

Mungkin bagi mereka yang berkepentingan itu adalah berita bait tapi bagi diri aku itu perkara buruk,perkara yang memalukan bangsa dan negara,mungkin juga bagi mereka bangsa dan negara sudah tiada erti lagi kerana mereka sendiri pun hampir-hampir tidak bermoral lagi kerana sengaja membuka keaiban orang lain. Mereka lupa bahawa membuka keaiban orang lain adalah satu kesalahan/dosa yang tidak akan di ampuni oleh Allah selagi tidak memohun maaf/ampun kepada orang yang diaibkan itu,apakah mereka fikir akhirat itu sama seperti LA,Hollywod tempat-tempat berhibur dan berpesta?Aku suka mengingatkan diri ku bahawa diri ku ini hanya insan yang terlalu kecil disisi Allah begitu juga dengan mereka biar pun mereka mempunyai darjat/kedudukan yang berbeza-beza tetapi disisi Allah kita adalah sama sahaja yang membezakan sesaorang itu dengan orang lain adalah amalannya bukan kuasanya........., oleh itu jangan lah kita mencerca memburuk-buruk orang lain.

Bagi diri aku dan sebilangan besar rakyat negara ini dan orang-orang luar negara mereka semua fikir ini adalah satu konspirasi untuk memalukan orang itu............. sungguh kejam dan terlalu zalim. Bagi aku ianya sangat kotor dan menjijikan...........

Alamak sebenarnya tujuan aku bukan nak cerita pasal tu,aku minta maaf terbabas tadi. Apa yang aku nak cerita ialah pasal kemelut yang melanda Persatuan Badminton Malaysia (BAM) , Semenjak 31 Disember 2010 Dato Hj Mohamad Misbun meletak jawatan dari menjadi jurulatih perseorangan khusus melatih Dato Lee Chong Wei di sebabkan mungkin ada perkara-perkara yang tidak memuaskah hati Dato Misbun, berhubung kait dengan masalah dalaman BAM memaksa beliau mengundurkan diri dari BAM dan dari melatih anak didik kesayangan nya itu.

Tiga bulan sudah berlalu Misbun tetap membisu, orang ramai sudah mula gelisah pak menteri pun turun padang mencari jalan penyelesaian untuk mendamaikan antara Misbun dengan BAM. Malangnya pihak BAM sendiri seolah-olah tidak perduli perkara tersebut seperti mereka sudah mempunyai jurulatih lain untuk membimbing Chong Wei, sedangkan Chong Wei sendiri sudah menyatakan bahawa dia akan tetap menunggu Dato Misbun untuk melatih beliau.

Sebenarnya Chong wei sudah cukup handal dan mempunyai kekuatan sendiri dalam gelanggang badminton ni seperti mana yang ditunjukkan oleh beliau dalam beberapa kejohanan dalam tempoh tiga bulan ini, terutama nya sekali beliau berjaya menewaskan musuh teradisi Lin Dan dalam kejohanan All England baru-baru ni itu menunjukkan bahawa Chong Wei memamg sudah sukup bersedia untuk bertemu sesiapa sahaja.

Tetapi semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh Chong Wei itu sangat tinggi trhadap sifunya Dato Misbun yang pernah membimbing beliau sehingga menjadi seorang pemain yang disegani dunia, malangnya pihak BAM tidak melihat akan jasa Dato Misbun dengan keringat yang dicurahkan selama ini untuk negara, Cuba kita lihat apakah ganjaran yang diberi kepada Misbun bila Chong Wei dapat menjuarai sesuatu kejuaraan? sedangkan Chong Wei sentiasa dapat hadiah lumayan. Sehinggakan anugerah yang membawa gelaran Dato pun di berikan kepada Chong Wei terlebih dahulu, sedang dia dapat setelah ada suara-suara sumbang dari peminat-peminat badminton negara bertanya kenapa Chong Wei dapat dulu Misbun tidak? Selepas itu baru lah Misbun di beri anugerah Darjah Mulia Sri Melaka (DMSM) yang di anugerahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Dato.

Kebajikan Jurulatih ini juga seolah-olah tidak diambil berat oleh BAM, sebagai chontoh semasa Isteri beliau memerlukan rawatan diluar negara (Cina) tempoh hari, dimana BAM terpaksa mengadakan perlawanan persahabatan dengan kerjasama Radio Sinar semata-mata untuk mencari dana biaya perubatan Isteri beliau. Pada aku itu tak perlu melain kan setelah beliau balik dari luar negara baru buat program seperti itu untuk membuat tabung kebajikan orang lain pula.Ingat lah wahai BAM bahawa Dato Misbun berjuang untuk mengharumkan nama negara bukan setahun atau dua tahun tetapi sejak dari beliau remaja lagi.

Negara (BAM) menagih kepakaran nya(Misbun) untuk memastikan kejuaraan olempik menjadi milik Malaysia (Chong Wei) pada 2012 nanti, Tapi pernahkan BAM terfikir bahawa Kebajikan keluarga Misbun perlu disantuni.


1 ulasan: