
Berbagai tektik dan cara yang digunakan oleh pihak UMNO menarik minat orang kampong menghadiri perhimpunan untuk mendengar cerita yang dibawa oleh seorang wanita UMNO yang di datangkan khas dari Ibu Negara khusus untuk memburukkan DSAI, mereka tahu tak ramai yang berminat untuk mendangar cerita perempuan ni jadi mereka gunalah helah.
Aku puji usaha mereka datang kekampong-kampong semata-mata untuk menabur fitnah memburuk-burukkan orang lain.Syabas kepada mereka diatas segala usaha penyebaran dakyah(bukan dakwah) itu. Aku percaya tidak semua orang kampong dungu(macam mereka) orang kampong tidak terpengaruh dengan dakyah itu biarpun memang ada yang(dungu) seperti itu.
Aku seronok melihat orang kampong tertipu kononya pada malam itu ada ceramah agama dikampong itu tuan-puan dijemput hadir.Orang kampong [pun datang lah beramai-ramai lebih kurang 200 orang yang hadir sebab mereka percaya itu adalah ceramah agama,dari jauh lagi mereka dan dengar lagu-lagu nasyid dan bacaan al-quran berkumandang dipembesar suara yang yang dipasang oleh penganjur.Sehinggakan ada yang tak sempat sholat isyak kerana nak cepat sampai kelokasi ceramah agama seperti yang diwar-warkan kepada orang ramai.
Lokasinya cantik berseberangan daengan perkuburan islam,tempat cantik dan luas berbumbung pulak lagi,bersimen kalau hujan tak bimbang basah dan becak.Orang kata tempat ni LPP,BT (Lembaga Pertubuhan Peladang) tempat pembelian padi Bagan Terap.Betul juga sekarang ini tempat itu sedang kosong kerana bukan musim padi kalau tak digunakan rugi je pembinanya jadi buat lah tampat menyebar fitnah ada juga guna nya.............
Apa yang aku kesal ialah orang kampong dua kali kena bohong,pertama mereka di bohongi sebab konon malam itu ada ceramah agama, yang kedua mereka datang dengan cerita bohong,Ustazah yang memberi ceramah itu memang terkenal dengan pendusta dan cerita-cerita bohongnya..............(orang Bagan) kena kencing............
Aku difahamkan pada ceramah pada malam itu agak kurang berjaya kerana hanya sedikit yang percaya dengan cerita itu dan ramai yang dah muak dengan cerita seperti itu sehingga ada seorang makcik berkata perempuan ni takda maruah langsung bercerita tentang hal-hal dalam kain orang,cerita mencarut.......tak malu keee? katanya bercerita pada aku.Dia ni dah kahwin ke kata makcik tu bertanya aku, aku jawab belum lagi lambat judoh,Bagus lah tak kahwin kalau kahwin,malang laki dia.........sambil ketawa.
Aku hairan kenapa Ustazah tiu tak buat ceramah di bandar-bandar? kenapa memilih kampong sebagai lokasi/tempat menabur fitnah?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan