Rasa kecewa juga bila membaca saranan naib presiden kelab isteri taat minggu lepas.Apa lah salah nya seorang isteri sehingga disarankan supaya melayan suami sama seperti pelacur kelas atasan. Saya ingin bertanya apakah Dr, adakah dr tahu bagaimana layanan seorang pelacur kelas atasan? apakah dr sudah melayani suami dr seperti pelacur kelas atasan? kalau belum jangan lah bercakap tentang perkara yang mengarut-ngarut, Istiqfar banyak-banyak pada yang mencipta yang maha Esa....... lihat pada pakaian dan nama dr ni seorang islam. Tak sepatutnya dr mengeluarkan hujah seperti itu.
Anak kelahiran tidak tentu sah(anak luar nikah). adakah dr telah membuat penyelidikan bahawa kelahiran anak-anak itu adalah jelas kerana perbuatan suami-suami tidak terkawal bernafsu sahwatnya?
Apakah kes-kes pembuangan anak yang berleluasa akhir-akhir ini hasil dari perbuatan dari suami-suami? atau pun mungkin dari perempuan-perempuan yang telah melakukan dan menyifatkan diri mereka sama seperti pelacur kelas atasan(sebelum dr beri saranan mereka dah buat dulu)
Suami berpoligami. Sudahkah Dr membuat kajian terperinci bahawa mereka yang mengamalkan poligami itu adalah suami yang tidak mendapat kepuasan layanan sek dari isteri nya seperti layanan seorang pelacur kelas atasan? Kalau sudah sampai masa berpoligami biar pun isteri berbogel setiap hari didepan mata suami poligami tetap poligami.(saya rasa wanita tahu itu/ berdoa lah anda supaya jangan dimadu)
Sebagai seorang islam saya berharap kepada isteri-isteri jangan lah terlalu mengikutkan sangat hujah dan kehendak orang barat tu dan jangan lah berkiblatkan barat. tidak semua hujah barat itu betul....dan harus diikut.
Cuba ikut seperti mana yang disaran kan oleh Rasulullah saw pasti bahagia rumah tangga.Cuba renungkan apa yang tercatat dibawah ini.
Sesungguhnya keredhaan Allah terletak pada keredhaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu..
Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman (bermaafan) dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.
Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.
Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.
Rasulullah bersabda, yang bermaksud: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."
Lihat siapakah yang meminta ampun bagi pihak isteri? hanya keran isteri itu mentaati suami. Tak perlu berkelakuan seperti pelacur atasan, cukup dengan mentaati suami menjaga kehormatan diri waktu ketiadaan suami dirumah dan sentiasa memberikan layanan yang seadanya"yang menyenangkan dan mengembirakan hati" suami.
Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami,oleh itu carilah redha suami mu.
wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan