SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 3 Ogos 2011

Haruan Makanan Berhasiat ,Menunggu Masa Untuk Disiat

Gambar hiasan

Ikan Haruan adalah sejenis ikan air tawar
 yang boleh didapati di paya dan sungai serta sawah padi.

Dikalangan orang cina mengatakan ikan haruan boleh dijadikan 
ubat tradisional Paling mujarab bagi mengubati luka dalaman dan luka-luka 
yang diakibatkan oleh pembedahan dan luka bersalin.

Mereka memakan nya sama ada dibuat sup atau (haruan segar) 
atau mereka minum pati haruan yang telah diproses dan ada dijual dipasaran.

Haruan termasuk dalam ketogeri ikan yang mahal 
Harga dipasaran haruan segar mencecah RM 38.00 se kilogram 

Tapi dikalanagan orang melayu sangat kurang mengamalkan memakan 
ikan haruan kerana ada yang mengatakan ikan haruan ni hanyer
ada yang mengatakan berbau katak dan berbagai alasan lagi

Tapi itu semua aku tak kisah yang paling aku benci
haruan jenis dibawah ni 
Haruan makan anak

Saya petik:

Pemandu lori sawit dituduh rogol anak

[SH] IPOH – Seorang pemandu lori sawit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merogol anak kandungnya berusia 15 tahun antara tahun 2009 hingga 13 Jun lalu.


Bapa kepada lima anak itu mengaku bersalah terhadap tuduhan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Isa di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.


Dalam pertuduhan yang dibacakan, tertuduh yang berusia 50 tahun itu mempunyai isteri dan lima anak termasuk mangsa didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah tidak bernombor, Kampung Parit, Titi Gantung dekat sini. 

Perbuatan tertuduh itu bukan sahaja menyalahi hukum agama, undang-undang dan adat malah boleh menjejaskan masa depan anak gadisnya yang masih bersekolah. 

Berikutan itu dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 B(1) Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang enam dan tidak lebih 20 tahun serta sebat. 

Bagaimanapun, hasrat tertuduh untuk bebas dengan ikat jamin tidak kesampaian apabila pihak pendakwaan membantah sebarang ikat jamin ke atasnya mengambil kira faktor keselamatan mangsa. 

Nadiah mempertahankan bantahan jaminan itu dengan alasan mangsa dalam kejadian itu adalah anak perempuan tertuduh sendiri dan mereka tinggal serumah. 

Selain itu, mangsa yang masih dirawat di Hospital Manjung akan pulang ke rumah dalam masa terdekat dan akan dijaga oleh ibunya. 

Tertuduh yang hadir dengan hanya berbaju T biru dan berseluar jeans hitam dalam rayuannya memohon agar dia dibenarkan diikat jamin sementara menunggu tarikh sebutan seterusnya.


Dia yang tidak diwakili peguam dalam sebutan semalam berkata, sebagai ketua keluarga, dia terpaksa menyara isteri dan anak-anak serta merupakan penyumbang ekonomi keluarga yang utama. 

Hadir sama menemani tertuduh adalah adik perempuannya namun kelibat ahli keluarganya tidak kelihatan. 

Mengambil kira kepentingan awam dan menjamin keselamatan mangsa dalam kes ini, Julie Lack membenarkan bantahan ikat jamin terhadap tertuduh sebelum menetapkan 7 September ini sebagai sebutan semula kes bagi mendengar keputusan laporan perubatan mangsa. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan