SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 3 Ogos 2011

Mampukah Umno Menasihati Sehabatnya Ini ?



Sauce yang di temui mengandungi DNA babi

Aku sangat terkilan dengan ketelanjuran dan keceluparan Dr Chua Soi Lek mempertikaikan dan mempersoalkan ketelusan JAKIM dalam mengeluarkan sijil halal pada setip barangan makanan di negara ini.


Dr Chua seharus nya sudah memahami bahawa setiap orang muslim itu tidak dibenarkan memakan apa sahaja yang berkaitan dengan daging khinzir (babi) dan anjing. Saya fikir Dr Chua bukan sehari dua tinggal di Malaysia dan Dr Chua bukan orang yang baru dapat PR di Negara ini, sewajarnya Dr Chua yang tinggal di Negara sudah faham dan mengerti budaya dan agama yang berbilang ini,mengetahui hukum hakamm dan adat usila orang muslim,Dr Chua sendiri mempunyai teman-teman rapat dikalangan orang -orang muslim makan minum bersama mereka tentu disitu aqda sedikit pengajaran yang dipelajari berkaitan dengan makanan muslim.


Persoalan sekarang manakah orang-orang UM-no B-end yang muslim berani menegur si Presiden MCA ini menghina dan mempertikaikan makanan Orang islam ? Kalau dia tak tahu dan kurang faham dengan peraturan halal haram dalam islam orang UM-no mesti meritahu dan beri kefahaman kepada dia. Supaya dia faham apa itu halal dan haram bagi setiap orang muslim.


Kenyataan Dr Chua itu adalah satu penghinaan kepada Islam dan sesuatu yang memperlekehkan JAKIM. Mana ulama-ulama dan ustaz-ustaz UM-no mengapa berdiam diri bila isu yang menyentuh Islam (halal haram) oleh orang yang rapat dengan mereka?


Undang-undang Islam itu bukan hanya untuk ditujukan kepada PR sahaja tapi bila B-end ianya tidak berfongsi.    


Kenyataan yang aku geram, 
KUALA LUMPUR, 3 Ogos — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak wajar bersikap kertelaluan dalam menangani isu berkaitan sijil halal, sebaliknya harus menyediakan lebih banyak ruang untuk berkomunikasi khususnya membabitkan pengusaha bukan Islam, kata MCA.
“Walaupun saya faham Jakim mahu mewujudkan standard antarabangsa, mereka perlu membenarkan ruang untuk komunikasi. Mereka tidak boleh bersikap keterlaluan dalam mengendalikan soal mengeluarkan sijil halal,” tegas Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) di sini hari ini.
Dr Chua berkata demikian ekoran banyak aduan daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) mengenai validasi pengesan DNA yang baru dilaksanakan untuk mengesan pencemaran komponen khinzir dan anjing.
Seorang pengilang bebola ikan dari Johor Baru yang hanya mahu dikenali sebagai Ang berkata pegawai-pegawai Jakim telah mengambil sampel dari kilangnya Januari lalu dan telah membatalkan sijil halalnya dua bukan kemudian disebabkan kesan pencemaran khinzir.
“Apabila meminta mereka menunjukkan laporan, mereka tidak sanggup. Tidak ada salinan yang diberikan. Mereka meminta saya merayu (untuk sijil yang baru),” kata Ang.
Bagaimanapun ramai usahawan tidak berpuas hati kerana permohonan untuk mendapatkan sijil halal memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan dan keadaan itu “menjejaskan perniagaan.”
“Apabila syarikat-syarikat ini ditolak, mereka memerlukan enam bulan untuk memohon semula (untuk mendapatkan sijil halal). Sesetengah daripada mereka mengambil masa sehingga satu tahun. Ini adalah tidak adil.
“Jakim perlu mendidik dan membimbing syarikat-syarikat ini, bukan menyusahkan mereka, “kata Dr Chua lagi.
Wakil Persatuan SMI Malaysia berkata mesin DNA yang baru ini sangat sensitif dan mudah tercemar. Mereka menggesa agar prosedur ujian semasa dikaji semula.
“Ini mungkin kes pencemaran balas. Selain itu, apabila pengesanan diambil, Jakim tidak seharusnya menggantung sijil kami selama enam bulan, tetapi membiarkan syarikat melaksanakan audit yang menyeluruh,” kata seorang wakil.
“Jakim harus membenarkan lebih ruang untuk berdialog, kami perlu tahu mengapa produk-produk kami telah ditolak, “ katanya.
Dr Chua juga berkata ketelusan tidak wujud dalam tindakan Jakim.
“Mereka akan kata anda habis (dalam kes-kes macam ini). Tiada audit kedua. Kajian di makmal bebas juga tidak diterima.
“Di Malaysia, semua pengilang mengimport bahan-bahan dari negara-negara lain. Bahan-bahan yang diimport ini disahkan halal di negara-negara import, tetapi Jakim kata ia ini tidak halal,” katanya.
“Apa sumber standard yang Jakim berdasarkan? Adakah ia diterima di peringkat antarabangsa?” soal Dr Chua.
“Jakim telah bersikap keterlaluan dalam mengendalikan isu sijil halal. Saya akan membangkitkan isu ini dalam jawatankuasa ekonomi negara,” kata Dr Chua lagi.

1 ulasan: