SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 25 Disember 2011

Baru Sedar ??

‘‘Saya tidak kisah sama ada UMNO, persatuan peladang atau persatuan nelayan jika pihak-pihak ini memperjuangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu saya akan sokong.

‘‘Jika UMNO bawa agenda itu, tetapi saya ketepikan mereka, hinalah Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada objektif.
‘‘Dalam hal ini, saya mesti objektif, saya mesti menggunakan keintelektualan saya dan saya tidak harus mengorbankan keintelektualan saya,’’

Diantara petikan kata-kata seorang yang mengagung-agungkan dirinya sendiri seolah-olah hanya dia yang paling intelek di malaysia ini. Keangkohan nya itu telah memakan diri sendiri. Kebanyakan ahli-ahli PAS meluat dan benci melihat gelagat orang yang bongkak  dan angkoh yang bergelar Dr itu.

Kerana terlalu intelek, HA terlupa bahawa pepatah melayu ada mengatakan "Telajak perahu boleh di undur, telajak perbuatan binasa badan" dan "kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa" Kedua-dua pepatah ini memberi peringatan kepada semua orang sama ada dia intelek atau pun tidak.

Aku melihat HA buat beberapa hari yang lalu langsung tidak menunjukkan keintelektualan nya, sebaliknya menunjukkan ketidak matangan dan mempamikan kebodohannya  kepada seluruh rakyat Malaysia kerana mengecam dan mengkeritik apa yang telah di persetujuinya dan diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu melalui Tv 3 yang di tuntun oleh sebilangan besar melayu luar bandar.

Sekarang HA menyatakan bahawa beliau memohun maaf diatas kesilapannya itu kepada seluruh pimpinan dan ahli parti, apakah cukup hanya dengan permohunan maaf? Mampukah permohunan maaf kamu tiu menutupi segala apa yang telah kamu hamburkan melalui TV itu? Apakah tiada orang lain yang mengunakan kata-kata kamu itu untuk menghancurkan perjuangan rakan-rakan sepati kamu? sadar kah kamu wahai HA mereka berjuang dengan ikhlas dan lebih awal dari kamu tapi kenapa kamu hancurkan perjuangan mereka, begitukah cara orang intelek berfikir?

Hasan Ali satu nama besar satu ketika dahulu api kini masa itu telah berlalu yang tinggal hanyalah kebencian dihati sebahagian ahli PAS.HA seorang Motiveta tapi tidak mampu memmotivasikan diri sendiri.Terlalu mudah kecewa baru tidak terpilih untuk jadi Pesuruhjaya Negeri sudah merajuk,itu menunjukkan kamuHA tidak layak untuk memotivasikan orang lain kerana kamu sendiri tidak bermotivasi.

 Sadar lah wahai HA, perjuangan kamu tiu hanya pura-pura semata. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan