SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 26 Disember 2011

Kerajaan UMNO/BN Bayar RM11.3 Juta Kepada ‘Ejen’ Bagi Pembelian 6 Kapal SPGV TLDM ! Untuk Apa ??

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim hari ini menuntut penjelasan mengenai keperluan kerajaan untuk mengupah perunding bagi pembelian kapal  pertahanan, terutamanya bagi pembelian enam kapal peronda SGPV baru-baru ini.




Zaid, Presiden Kita, berkata sebanyak RM11.3 juta telah dibayar kepada firma-firma perundingan ke atas pembelian kapal tersebut dalam urus niaga yang diselubungi penuh dengan rahsia dimana ia melibatkan wang pembayar cukai.
Dokumen-dokumen yang disediakan oleh Zaid menunjukkan Boustead Naval Shipyard, bekas kontraktor pertahanan kerajaan yang kini sudah diswastakan, telah membayar yuran kepada firma-firma Eropah bagi “penilaian teknikal”  melalui akaun di Singapura.
Bekas menteri itu percaya mengupah “ejen” untuk membeli peralatan ketenteraan bukanlah suatu keperluan tetapi mungkin ia adalah “saliran rasuah” bagi wang yang diperolehi melalui sogokan.

“Mengapa perlu mengupah ejen? Kita dengan mudah dapat menyelamatkan (berjuta-juta) jika kita membiarkan pengguna (tentera) sendiri membuat keputusan mengenai apa yang mereka perlukan,”katanya kepada pemberita di sini.
Pentadbiran Najib baru-baru ini dikritik kerana kos yang semakin meningkat bagi pembelian  SPGV – dari RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam kontrak yang didakwa penuh dengan percanggahan,  dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk memastikan akauntabiliti dalam kaedah perbelanjaan oleh  kerajaan.
-sumber malumat – freemalaysiatoday
P/S : Kepada semua teman-teman,sahabat handai,rakan taulan,saudara mara dan takmara seterusnya "kulaan", marilah kita bersama-sama menolak kerajaan Umno/BN yang ada ini pada PTU 13 nanti, Kerana mereka(Umno/BN ) sudah tidak boleh dipercaya lagi. Sudah terlalu banyak kesalahan dan penipuan yang mereka lakukan. 
Apa yang di katalan oleh Dato Zaid itu haya satu dari pada berpuluh penyelewengan yang mereka (Umno/BN)lakukan. Bukti penyelewngan sudah terlalu banyak dibongkar oleh Audit Negara untuk,takkan masih nak pilih mereka ???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan