SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Isnin, 26 Disember 2011

PERKASA BERDEMO DI LCCT BANTAH AIR ASIA

Aku petik:

Kuala Lumpur,sekumpulan NGO PERKASA diberitakan membuat bantahan ke atas penguasaan syarikat penerbangan Ikan Bilis Air Asia bahawa tindakan Air Asia memakan Ikan Jerung yakni syarikat gergasi Negara Malaysia Air line System MAS adalah tindakan menghina orang melayu.


Demo bantahan PERKASA tersebut dibuat setelah melayu tidak tahan lagi ditipu oleh cukong cukong crony UMNO yang terus terusan menipu rakyat.Dan tindakan menyelamatkan MAS menelan berbilion wang negara selama ini adalah sia sia!! Berlaku ketirisan dan salah laku urus tadbir.Ini harus diperinci dan mendakwa mereka yang terlibat!! kata pengerusi PERKASA.

Transformasi ekonomi Najiblis

2012 janjikan kejutan untuk industri penerbangan 


Memang tidak dapat disangkal lagi 2011 merupakan tahun yang penuh warna-warni bagi sektor penerbangan di Malaysia, dengan pelbagai kontroversi, dan kejutan paling besar membabitkan perjanjian pertukaran saham antara dua pesaing, AirAsia dan Malaysia Airlines.Tahun 2012 juga menjanjikan lebih banyak kejutan.

Perjanjian itu menyaksikan pemegang saham utama AirAsia, Tune Air Sdn Bhd, menguasai 20.5 peratus saham dalam MAS, dan Khazanah Nasional Bhd memperoleh 10 peratus kepentingan dalam AirAsia.

Perubahan pengurusan juga menyusul dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes, dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif MAS dan Tengku Datuk Seri Azmil Zahruddin Raja Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Pengarah Urusan MAS.

AirAsia dan MAS kemudiannya menjadi rakan kongsi rasmi Kelab Bola Sepak Queens Park Rangers (QPR) dengan AirAsia menaja jersi kedua (away) dan jersi ketiga (third) manakala MAS menaja jersi utama (home).

Fernandes menguasai 66 peratus kepentingan dalam QPR.Bagaimanapun, maklumat mengenai sejauh mana pertukaran saham itu, yang dimuktamadkan pada September, baik untuk kedua-dua syarikat penerbangan itu tidak jelas dan terus diperbahaskan, dengan pelbagai pandangan serta gesaan supaya siasatan dilakukan.Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), dengan Akta Persaingan 2010 akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2012, turut mengulas penggabungan itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Shila Dorai Raj berkata suruhanjaya itu menerima banyak aduan daripada pengguna yang menggesa MyCC meneliti urus niaga itu, dan sama ada ia dapat mengurangkan saingan dan menyebabkan tambang udara lebih mahal.

Penganalisis bagaimanapun berpandangan positif terhadap usaha sama itu, dengan berkata ia akan mengurangkan saingan harga yang tidak rasional yang  membolehkan ekonomi yang menguntungkan, kuasa tawar-menawar serta sinergi.

Mereka berkata ia akan memberikan AirAsia peluang yang lebih besar untuk terbang ke laluan eksklusif MAS sebelum ini dan syarikat penerbangan nasional itu pula memperoleh sinergi kos berdasarkan kos tinggi/kesediaan tempat duduk bagi setiap kilometer.Malah, ada yang mengatakan MAS akan kembali mencatat keuntungan meskipun sudah bertahun-tahun merancang dan menyusun semula masalah kewangannya yang berterusan pada 2011, bagi menangani masalah biasa seperti kos operasi yang tinggi serta harga bahan api yang naik mendadak.

Awal bulan ini, satu lagi rancangan diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAS yang baharu, Ahmad Jauhari Yahya, melibatkan beberapa siri tindakan, termasuk mengurangkan rangkaian serta memberi tumpuan terhadap kos.Rancangan itu yang dijangka membolehkan MAS kembali mencatat keuntungan pada 2013, bagaimanapun mendapat respons kurang memberangsangkan daripada penganalisis, yang berpendapat rombakan dan usaha itu bukan sesuatu yag baru dilakukan oleh syarikat penerbangan negara terbabit.

Antara laluan yang akan digantung oleh MAS ialah Cape Town, Johannesburg, Buenos Aires dan Dubai selain empat laluan meenrusi rangkaian serantau Sabah.AirAsia, sebaliknya, terus mengembangkan laluannya di peringkat serantau, dan antara yang terbaharu ialah Da Nang (Vietnam) dan Surat Thani (Thailand).

Ia juga membuka pejabat serantau di Jakarta, Indonesia, bagi meningkatkan hubungan dengan sekretariat Asean, yang juga berpejabat di sana yang berusaha menjadikan "satu langit Asean" dan pihak berkuasa penerbangan seperti pihak berkuasa penerbangan usaha sama Eropah.Proses penyenaraian sekutu Indonesia dan Thailandnya juga berjalan lancar.

AirAsia juga melalui fasa kurang menyenangkan bersama Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) membabitkan kenaikan cukai lapangan terbang di lima lapangan terbang di seluruh negara.Kedua-duanya juga bertelagah membabitkan terminal udara kos rendah, KLIA2.

AirAsia X juga tidak terlepas daripada kontroversi, dengan laporan berita bahawa ia merancang menghentikan perkhidmatannya ke Paris, London, Mumbai dan Delhi.Ketuanya Azran Osman Rani, bagaimanapun, menafikan rancangan itu dengan menyatakan syarikat penerbangan bajet jarak jauh berkenaan masih belum membuat sebarang keputusan lagi.

Laporan berita itu menyebut bahawa pelaksanaan Skim Dagangan Pelepasan Karbon (ETS) Kesatuan Eropah yang berkuat kuasa 1 Jan, 2012, sekatan visa dan fi tambahan lapangan terbang di India merupakan sebahagian daripada alasan bagi penamatan perkhidmatan itu.Skim ETS itu mengkehendaki syarikat penerbangan membayar pelepasan karbon yang masih belum dikira lagi.

Seorang penganalisis berkata industri tersebut telahpun bergelut dengan kos tinggi bahan api dan peraturan seumpama itu akan membebankan lagi mereka.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang mewakili hampir 240 syarikat penerbangan dari 100 negara kecewa dengan keputusan Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah yang menyokong pelan EU untuk memasukkan penerbangan antarabangsa dalam ETS bermula 2012.

"Keputusan hari ini (21 Disember) suatu yang mengecewakan. Peraturan pelepasan karbon antarabangsa penerbangan masih tidak membantu kita bagi mencapai pendekatan global yang amat diperlukan untuk langkah-langkah ekonomi.

"Inisiatif satu pihak sahaja, melangkui kawasan dan memberi kesan kepada pasaran seperti ETS EU bukan satu yang membantu," kata ketua pengarah merangkap ketua pegawai eksekutif IATA, Tony Tyler.

IATA, dalam laporannya baru-baru ini mengenai tinjauan industri, mengunjurkan prospek yang suram bagi 2012, dengan menyebut krisis zon euro yang masih berlarutan sebagai satu daripada faktornya, katanya.

Tyler berkata keuntungan syarikat penerbangan dijangka jatuh kepada US$3.5 bilion daripada unjuran terdahulu pada US$4.9 bilion bagi margin bersih hanya 0.6 peratus daripada jangkaan pendapatan US$618 bilion.

Dengan pelbagai cabaran dan isu yang belum selesai dan krisis zon euro yang masih berlanjutan yang boleh terus menjejaskan pertumbuhan global dan perjalanan udara, syarikat penerbangan perlu bersiap sedia untuk mengharungi keadaan yang lebih sukar lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan