SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Jumaat, 27 Januari 2012

Presiden Umno Sekarang Gagal ??

Dah bekedut rupanya leher dia
tapi tak ????? lagi ker??

Sudah tiba masanya orang melayu yang berfikiran waras menolak kepimpinan umno untuk memimpin negara, kerana jelas kepimpinan umno telah gagal mentadbir wanita-wanita boros mereka.

Preseiden Umno merangkap PM Malaysia tidak mampu menyekat napsu shopping isterinya, dan beliau juga gagal menmgawal menteri wanita nya dari membelanjakan wang rakyat yang begitu banyak.

Sehinggakan anak beranak mereka berbelanja mengunakan wang rakyat di biarkan sahaja oleh Presiden umno tersebut.Tiada usaha pencegahan dilakukan beliau,sebalik nya beliau mempertahankan apa yang telah di lakukan oleh wanita-wanita pemboros tersebut.

Kepada semua ahli-ahli umno sedarkah anda bahawa Presiden anda yang sekarang ini terlalu lemah dan tidak mempunyai wibawa sebagai seorang pemimpin negara berbanding dengan Presiden-Presiden yang terdahulu kecualai Bapa saudara kepada Presiden sekarang yang lebih kurang sama dengan beliau.

Aku tidak melihat Presiden umno sekarang ini mampu membawa Malaysia kemercu kejayaan dari segi ekonomi dan menjadikan negara ini sebagai gergasi ekonomi. Sebaliknya hanya layak digelarkan sebagai negara "penghutang".

Presiden umno yang ada terlalu ingin kan populariti hingga sangup mengadaikan anak-anak bangsa dengan berhutang untuk membeli hati para pengundi, belau tidak sedar bahawa rakyat ketika ini sangat susah dalam kehidupan harian tak bermakna mampu menyelesaikan kemiskinan dengan bantuan RM 500 itu.Bantuan pun hanya diberi sekali dalam 56 tahun ini sudah kes menipu rakyat.Kalau betul-betul perihatin kenapa dulu-dulu tak pernah ada bantuan seperti ini?Rakyat tolong jangan ada rasa terhutang budi dengan RM 500 itu sepatut nya lebih lagi dari itu atau pun dah lama tiap-tiap tahun rakyat mendapat nikmat  RM 500 itu.

Dah nak pil;ihan raya pulak baru ada RM 500\, nampak angat gula-gula atau pun mungkin juga boleh di sebut sebagai "rasuah" rakyat.

Presiden umno telah mempermainkan hati kakitangan kerajaan dengan mengumumkan kenaikan gaji dari RM 80 - RM 130, hampir 90% kakitangan kerajaan tidak berpuas hati dengan pelaksanaan gaji tersebut.

Yang dilihat hanya dijadikan sebagai umpan untuk meminta sokongan kakitangan, dan dibuat semasa hampir pilihan raya. Pengumuman dibuat tergesa-gesa hingga jadual gaji kakitang tidak begitu kemas sehingga kan seolah-olah ada jurang pendapatan yang begitu jauh antara kakitang sokongan dengan jawatan utama.  

Presiden umno kene ingat bahawa kakitanga sokongan lebih ramai dari pengurusan "jawatan utama" mengapa mereka yang Presiden berikan keutamaan dalam pembahagian gaji ? ada diatara mereka yang mendapat 100% kenaikan.

Ketidak puasan hati dikalangan kakitangan pula berpunca apa bila rata-rata mereka membandingkan dengan wang yang begitu banyak dibazirkan oleh wanita-wanita pemboros yang ada dalam umno dan yang dekat dengan Presiden umno dengan kenaikan gaji mereka tak setimpal . 

Mampukah Presiden umno ini mempertahankan umno? sedangkan ahli umno peringkat mawah sendiri merasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku ketika ini.dibawah pimpinan Presiden sekarang.

P/S: Aku sentiasa mendoakan semoga Allah menujukkan kepada dunia bahawa Presiden umno sekarang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.Aminnnnnn !!!!!
 Presiden akan tengelam bersama-sama dengan wanita kesayangan nya, tengelam dari sejarah kebaikan umno dan tengelam dalam arus yang memalikan.

Bak kata Tun M, siapakah PM yang paling singkat memerintah.
Mudah-mudahan ini lah yang paling sengkat jadi PM. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan