SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Rabu, 11 Januari 2012

Peringatan Kepada Pemfitnah Semua.....


Sudah menjadi kebiasaan puak2 yang jahil ini akan membuat tuduhan zina tanpa berpandu Al-Quran. Sudah terang2 dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:



"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" Surah An-Nur Ayat 4


Ayat ini kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma' ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).



Firman Allah S.W.T lagi :



"Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya" Surah An-Nur Ayat 15



Ayat ini jelas melarang ummat Islam menjaja Fitnah itu dan ianya adalah perbuatan yang mengundang dosa besar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan