KUALA LUMPUR 9 Jan. - “Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim,” kata bekas
Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali malam ini.
Mengulas pemecatannya sebagai anggota PAS hari ini, Hasan yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu,
Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor berkata segala komen yang
diutarakannya adalah membabitkan isu peribadi Ketua Pembangkang itu
kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam pemainan politik Anwar.
“Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.
“Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS
yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana
Menteri,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.
Turut hadir bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dan Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Ibrahim Ali.
Dr Hasan berkata beliau akan membuat sidang media minggu ini bagi menjelaskan secara terperinci mengenai perjuangannya itu.
Hasan berkata Anwar, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR),
tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang
‘meragukan’ dan berpendapat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang
atau Murshidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat lebih layak memegang jawatan itu.
“Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali
(Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh
ditunjuk sedemikian rupa.
“Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya
dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam,
institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya.
Beliau berkata perjuangan itulah yang cuba dibawanya dalam PAS, namun
usaha tersebut tidak dihargai, tidak ditunjuk jalan dan disekat PAS
sendiri.
Sementara itu, Nasharudin berkata kehadirannya malam ini sebagai
menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited
memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan
dugaan.
“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan
drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.
“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang
masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan
rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,”
katanya.
Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS
yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUmno ingin
menjadi anggota UMNO.
“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan
kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.
Ibrahim pula berkata beliau hadir atas dasar ingin menyatakan sokongan
terhadap perjuangan Hasan menegakkan Islam di negara ini.“Tindakan memecat Hasan sepatutnya tidak terjadi dalam sebuah parti
yang memperjuangkan Islam, parti Islam perlu ada perbincangan dan
rundingannya. Ini bukan isu kecil, ini melibatkan prinsip,” katanya.
P/S: Hebatnya seorang pakar motivasi, tidak mampu memotivasikan diri sendiri.Tidak mahu muhasabah diri sendiri,suka menyalahkan orang lain dengan apa yang menimpa/berlaku pada diri sendiri.
DHA anda terlupa selama ini anda telah diberikan jalan dan sokongan,sebaliknya DHA sendiri tidak menunjukan satu sokongan kepada perjuangan bersama.
Mungkin DHA perlu belajar lagi apa erti persahabatan dan persefahaman? Kalau DHA tak setuju dengan DSAI jangan turun pada pehimpunan 901 dan jangan lah bercakap melalui media musuh(Seperti mana yang dinasihatkan oleh TGNA)
Bila DHA bercakap bermakna DHA sudah menentang perjuangan bersamadan perjuangan parti, Jadi apa salahnya DHA di pecat dari parti kalau DHA tidak sehaluan lagi dengan perjuangan parti???(Tunggu keluar sendiri tak mahu)
Sebagai tanda tolak ansur DHA masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang jawatan selaku Exco dalam Kerajaan Negeri Selangor,apakah itu satu sekatan untuk DHA memperjuangkan Islam???
Jangan anggap semua orang bodoh dan DHA seorang yang bijak bersama DIA.....(Cepat sahaja DIA memberi sokongan kerana memang satu perjuangan)
Jangan bicara soal moral kalau sendiri didak bermoral.....Cermin diri kalau-kalau ada panau lebih besar dari panau orang lain.
Jangan bicara soal moral kalau sendiri didak bermoral.....Cermin diri kalau-kalau ada panau lebih besar dari panau orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan