Aku petik:
[SH] AMPANG - Takut tidur bersendirian kerana rakan serumah balik kampung memaksa seorang wanita tempatan mengajak teman lelaki, warga Myanmar menemaninya tidur.
Itu alasan yang diberikan seorang pekerja swasta apabila dicekup bersama teman lelakinya oleh Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah dan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana disyaki berkhalwat di sebuah rumah di flat Pandan Jaya, awal pagi kelmarin.
Ketika serbuan jam 2 pagi itu, penguat kuasa terpaksa mengetuk pintu rumah sewa yang berkunci lebih 30 minit, sebelum dibuka.Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ahmad Nawi Osman berkata, pihaknya mendapati teman lelaki gadis itu menyorok di dalam sebuah bilik lain.Menurutnya, pekerja swasta berkenaan berusia 22 tahun, manakala pasangannya berusia 20 tahun dan tidak bekerja.“Kami mendapati pasangan itu berpakaian lengkap ketika serbuan,” katanya.
Ahmad Nawi berkata, operasi itu dijalankan setelah pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai lelaki berkenaan sering kali datang ke rumah itu.
Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995, jika disabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali.
P/S: Sepatutnya mereka itu di arak keliling bandar untuk tuntunan umum, dngan harapan semuga orang lain takut untuk melakukannya.
Adakah melayu terlalu murah? hinggakan semua pendatang asing mengabil kesempatan untuk merasa barang melayu? hai entah lah melayu oi.....
Dimankah Ibrahim Ali dan PERKASA, kenapa tak bela melayu yang seperti ini???
Jagan sibuk nak belasah orang PAS dan PKR saja,perempuan melayu kena belasah pendatang asing kenapa diam.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan