SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 15 Julai 2012

Negara Islamkah Malaysia Ini ?

Orang Umno kata negara ini negara islam, Betul ke ? apa buktinya? Kita lihat sahaja TV kita lebih mementingkan Politik dari dakwah islamiah, adakah itu sebuah negara islam? TV kita sentiasa bercerita politik dan memfitnah musuh-musuh politik pemimpin negara, kemudian hiburan, lebihkan artis dari pembangunan islam. TV tidak berani membincangkan isu-isu islam terutama yang berkait dengan isu undang-undang Hudud (hukum Allah).

TV kita lebih mengagungkan Negara Malaysia sebagai negara sekular tidak ada satupun rancangan yang di susun oleh TV kita yang menjurus husus kepada dakwah islam,sedangkan  (Najib  kata) perjuangan negara kita berteraskan Islam. 

Lihat berapa banyak pertandingan realiti yang dianjirkan oleh stesyen TV negara kita, hanya satu yang bercorak keislaman dan satu lagi pertandingan tilawatil Quran. Selebihnya hiburan semata-mata semuanya pertandingan yang melalaikan anak muda (terutama bangsa Melayu) . Apakah itu yang dikatakan oleh Najib  berteraskan islam?


Mana tanggungjawab menegakkan syiar Islam, yang ada cuma Azan sekejap sebelum disambung dengan rancangan joget-joget dan nyanyi-nyanyi, tak lupa dengan drama.



Kalau ada satu-satu program siaran langsung di TVatau waktu berita, masa itu masuk waktu solat, kenapa yang ada cuma peringatan masuk waktu sahaja, takde puntayangan macam yang kat bawah

Sepatut nya kalau mengaku sebagai negara islam hormati dan amalkan islam yang sebenarnya. Cane Rais ada berani buat siaran macam ini setiap kali azan berkumandang?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan