SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Sabtu, 17 November 2012

Masyarakat Ini Hidup Tanpa Pakaian Bukan Kerana Kemiskinan Tapi Adat Resam Mereka Begitu.

PUAK XINGU merupakan suku kaum yang tinggal di sekitar Amazon, Amarika Selatan. Mereka tidak pakai pakaian. Cuma guna kain yang lilit di badan mereka sahaja.
Soalan Silangkata: Mana lebih buruk antara 'tiada pakaian' dengan 'tiada agama'?
















Jawapan: Orang Islam akan jawab, lebih buruk kalau tiada agama. Kalau ada agama, terutamnya agama Islam, dia kena beribadat. Beribadat, kena pakai pakaian, kena tutup aurat, kena cari sumber pendapatan untuk dapat wang belanja. Barulah dia menjadi insan yang sempurna. Jadi, Islam membawa pembangunan, dan bangun bersama Islam.


Kalau tiada agama, walaupun kaya tiada masalah membeli pakaian, akan jadi macam gambar di bawah ini.. Sanggup berbogel bukan kerana tiada pakaian..


[Sebuah syarikat di China baru-baru ini mengupah tiga wanita muda untuk berbogel bagi mempromosikan produk gel mandian berbentuk semburan. Dengan tuala hanya dibalut di sekeliling kepala mereka, wanita-wanita itu kelihatan tidak malu sama sekali dan melayan pengunjung dengan mesra tanpa merasa janggal.Mereka juga mempelawa penonton yang kebanyakkannya terdiri daripada kaum lelaki untuk membantu mengenakan produk itu pada badan mereka. Teknik pegawai pemasaran yang hanya mempelawa pekerja sementara itu datang bekerja dan berbogel hanya berlaku sekali selepas pihak syarikat itu menyedari bahawa ia agak melampau, tidak patut dan tidak sesuai untuk tujuan promosi pada orang ramai. Sumber: May Daily]

Kerana duit jual maruah. Macam juga kerajaan, kerana ekonomi, tiada peduli halal haram lagi. Dalam hal pakaian, kalau hendak melihat contoh di Malaysia, lihatlah pakaian pemimpin-pemimpin Muslimat PAS. Biasanya, Al-hamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan