
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib menyerahkan kepada masyarakat umum untuk menilai kenyataan Nurul Izzah Anwar berhubung isu kebebasan memilih agama di kalangan orang Melayu dan juga sama ada naib presiden PKR itu perlu memohon maaf atas kenyataan tersebut.

"Saya percaya rakyat sudah tahu menilai," kata Harun yang enggan mengulas panjang lebar kerana tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut, menurut akhbar milik Umno itu lagi.
Turut mengulas perkara itu ialah ahli majlis syura PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamed yang berkata kebebasan beragama tidak tertakluk ke atas orang Islam Melayu dan bukannya seperti yang didakwa dinyatakan Nurul Izzah.
Menurut akhbar New Straits Times, beliau berkata, ayat dalam al-Quran yang menyatakan "tiada paksaan dalam beragama" itu hanya terpakai ke atas orang bukan Islam.
Pandangannya itu selari dengan kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa semalam, bahawa kenyataan kontroversi MP Lembah Pantai tersebut bermaksud bagi "memberi kebebasan kepada orang Melayu memilih agama atas prinsip kebebasan manusia".
Nurul Izzah pada 3 November lalu antara lainnya dilaporkan berkata, Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan