SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Ahad, 18 November 2012

Teruskan Berdoa


Lihat bila kena kamuka Umno, mereka akan tarik semua untuk membantu mereka. Dalam soal doa hancurkan Umno dan B-End ni mereka minta bantuan orang biasa yang akan membantu tanpa berfikir terlebih dahulu, jenis jawab je. Maklum orangnya terkenal....ulamak tesohor lah katakan , apa sahaja yang dia kata semua betul lah. Sampai yang di lakukan oleh orang lain (orang parti pembangkang) salah belaka, jika ditanya pada ulamak-ulamak nih. 


Mereka macam tidak mahu berfikir atau menyelidiki terlebih dahulu apa yang berlaku. Seperti apa yang semua orang tahu tentang kenyataan kontrovarsi Izah yang menyentuh kebebasan berugama, Miskipun Izah memetik dari ayat Quran yang mereka juga beriman dengan nya, sayang nya mereka ulamak-ulamak ni tetap memutar belikkan kenyataan Izah macam kenyatan Izah itu bukan sumbernyha dari Al Quran.Mereka memberi ulasan seolah-olahnya mereka ada duduk bersama-sama mendengar forum tersebut pada ketika itu.Sedangkan mereka hanya mendengar dari tulisan pemberita, yang terang-terang memusuhi Izah.

Semalam satu stadium mendoakan semoga umno dan b-end dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati. Itu memang selayaknya kerana selama ini umno dan b-end telah menzalimi rakyat terutama rakyat Kelantan, apakah ulamak-ulamak ini didak melihat apa yang telah mereka lakukan terhadap rakyat ? Biar pun mata para ulama seperti ini tidak melihat tapi selaku orang berilmu tentu punya mata hati yang dapat melihat kezaliman umno dan b-end selama ini......

Melihat kan komen Prof Dr MAZA umat Islam sepatutnya berdoa supaya menghancurkan orang yang zalim tanpa mengira parti. Memang betul lah tu Dr sebab itu mereka berdoa untuk menghancurkan umno dan b-end. Kerana umno dan b-end itu bukan umat, ahlinya yang umat itu pun bukan semua islam, umno sekarang umno yang mati hidup semula terlalu banyak hantu dan syaitan didalamnya mengikut kata pengasas nya sendiri (Mahathir).Kalau b-end pula sudah tentu bukan 100% umat islam.

Maka bagi aku doa itu sangat sesuai dibacakan pada malam itu dan kalau boleh bukan sekadar malam itu sahaja, masih ada lagi malam-malam lain dan kepada ahli-ahli PAS teruskanlah berdoa jangan pedulikan dua ekor (kasar tu) dua orang hebat itu. Mereka makan gaji kene faham lah.....

Wahai semua umat islam penyokong PR yang bencikan kezaliman,kekejaman,rasuah, ketidak adilan, ketidak jujuran dan pemfitnah teruskan lah solat hajat dan bermunajat kepada Allah meminta agar di hancurkan umno dan b-end dan doakan muslimin dan muslimat minta di jauhi dari bala dan laknak Allah di atas segala kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin mereka.Amin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan