SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 15 November 2012

Ulama Umno tuli, bisu bila Mahathir hina janggut Nabi


Datuk Seri Anwar Ibrahim
Pendirian ulama Umno dipersoal apabila bisu berhubung tohmahan ke atas Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan tuli terhadap kenyataan menghina janggut Nabi oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Dulu Dr Mahathir mengata tentang janggut Nabi. Siapa pernah lihat janggut Nabi? Mana ustaz Umno? Kenapa tak tegur?,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim depan hampir 1,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Kampung Padang Balang, di sini, malam tadi.
“Yang mengata kamu diam, yang tak kata apa-apa, kamu fitnah. Allah maha kaya. Dia tunjuk anak Dr Mahathir ada saham syarikat arak,” tegas Ketua Umum KEADILAN sambil menyifatkan perlakuan Umno itu sebagai hipokrit.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah saman Utusan MalaysiaBerita Harian dan beberapa blog kerana memutarbelit kenyataan beliau berhubung kebebasan beragama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan