SINGGAH LE


widgeo.net

Ku Li

Khamis, 27 Disember 2012

Jangan Jadi Hamba Lelaki

Diriwayatkan Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dan orang perempuan yang berpakaian (tetapi) bertelanjang, 
berjalan dengan bergaya (melenggang-lenggok), 
kepala mereka seperti bonggol unta 
(mereka meninggikan gumpalan rambut mereka dengan berhias-hias), 
mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati baunya.” 
(Sahih Muslim).

Beginikah cara wanita berpakaian ?
Wanita yang gemar menunjuk-nunjuk kecantikannya dan susuk tubuhnya 
untuk menarik perhatian lelaki seterusnya menaikkan nafsu syahwatnya 
boleh dikatakan mereka ini juga hamba kepada lelaki.


Ada antara wanita seronok apabila mendapat perhatian daripada lelaki
sama ada daripada cara pakaian mereka atau kecantikan fizikal mereka.
Justeru mereka berlumba-lumba untuk mencantikkan diri tanpa menyedari perbuatan itu ditegah dalam agama.


Berbeza pula bagi wanita yang menjaga pakaiannya dan perwatakannya
dengan melabuhkan pakaian untuk menutup aurat dan menjaga kecantikan susuk tubuh daripada dilihat bukan muhrim seterusnya mereka ini bebas daripada menjadi hamba lelaki.


“Wanita sebegini, selalunya lebih menjaga tatasusila dan kesopanan" berlandaskan agama untuk mencantikkan penjagaan perwatakan mereka daripada menunjukkan kecantikan luaran.

“Mereka juga, jika ditenung atau dilihat, pasti tidak mendatangkan sebarang perasaan kepada lelaki. Segala keindahan dalaman atau susuk tubuh dilindungi oleh pakaian yang labuh dan menutup aurat dan hanya diketahui oleh suami atau mahramnya,”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan